Pages

07 April 2014

10:11 AM - 2 comments

HANYA SEKADAR PERMULAAN


Sekian lama menyepi
Aku muncul dengan versi puisi
Untuk gambaran luahan hati ini
Yang sekian dalam sudah dilukai

Tidak tergambar penceritaan ku sebelum ini
Permulaan yang indah sungguh berseri
Berakhir dengan tragedi yang paling aku benci
Mengkhianti cinta setelah mengenali

Terungkai ungkapan dari bibir mu sendiri
Di waktu kita sedang tidak memahami
Engkau berkata aku sering membandingi
Namun adakah engkau tidak sedari
Bercerita tentang lelaki lain yang buat aku tidak senangi

Sakitnya diri setelah engkau tawar hati
Maaf engkau pinta namun tidak aku balasi
Hanya persoalan sering ku terpahat di hati
Engkau berjujur memohon maaf atau membelakangkan hati

Bagaimana ingin aku lupakan
Segala perbuatan yang meluka perasaan
Engkau gembira dengan bermadah cinta yang kau dapat
Dalam hitungan masa yang begitu singkat

Jika engkau sukar terima kekurangan ku
Ungkapkan sahaja jangan membisu
Luka di dalam siapa yang tahu
Semakin hari aku mengadu







Sekian lama tidak berkarya di blog ini kerana saya berhijrah berkelana menyambung pengajian di Australia. Mohon doa kalian suapaya saya berjaya menamatkan semester akhir ini.