Pages

05 May 2012

1:51 PM - 2 comments

SOLAT SUNAT RAWATIB DAN SOLAT SUNAT WITIR



SOLAT SUNAT RAWATIB 




Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.



(Untuk panduan rakaat Solat Sunat Rawatib, sila tekan jadual di atas)




عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ


Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sblm Zohor, 2 rakaat slps Zohor, 2 rakaat slps Maghrib, 2 rakaat slps Isya dan 2 rakaat sblm Subuh. [Hadis riwayat Ahmad dan Turmizi (dlm riwayat yang pelbagai)]



Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib.


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ


Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah akan membina rumah baginya di syurga ; iaitu 4 rakaat sebelum Zohor dan 2 rakaat pula selepas Zohor, serta 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isya dan 2 rakaat sebelum Fajar.” [Hadis riwayat Turmizi.] 



  • NIAT SOLAT RAWATIB



أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah Taala.





أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Selepasnya kerana Allah Taala.






SOLAT SUNAT WITIR 



Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.



Di antara fadhilat solat witir ialah :

  1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
  2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
  3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." [Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.]


  • Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat:



أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"


  • Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat:

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"


  • Zikir Selepas Solat Witir:

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ



*Dibaca tiga kali sebelum membaca doa


  • Doa Solat Witir:
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, 
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. 
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."


[Kredit sumber dari : http://www.tayibah.com/ ]

2 comments:

Post a Comment