Pages

15 February 2011

3:53 AM - No comments

SALAM MAULIDUR RASUL 1432H


 "SALAM MAULIDUR RASUL 1432 H" Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW - Ikhlas dari IBRAHiM STUDiO & RECORD


Dia Muhammad

Album : Allahu Rabbi
Munsyid : InTeam
http://liriknasyid.com

KOLEKSI RAKAMAN CERAMAH

Kejatuhan rejim Hosni Mubarak di Mesir memberi gambaran yang hebat bahawa perjuangan Islam tidak pernah kenal erti mengalah. Jatuhya kepimpinan dia sebagai pemerintah yang paling lama mentadbir Mesir bukan sahaja dinyalakan dari Ikhwanul Muslimin, bahkan mendapat sokongan menuntut pembelaan dari masyarakt bukan Islam di Mesir itu sendiri. Kerajaan Mesir yang sebelum ini berkerjasama dengan Israel menjadi duri darah dalam daging kepada umat Islam sendiri khususnya umat Islam Palestin di Gaza. Akhirnya suara rakyat menjadi suara mutlak untuk tidak mahu menerima lagi kepimpinan yang zalim seperti ini.


Dataran Tahrir di Mesir menjadi himpunan rakyat
Mesir yang membantah pemerintahan Housni Mubarak.

14 February 2011

KOLEKSI RAKAMAN CERAMAH

Dalam persoalan institusi rumah tangga dalam Islam, terdapat cabang ilmu yang harus dipelajari oleh semua masyarakat khususnya kepada mereka yang baru bermula hidup sebagai suami dan isteri. Seperti sedia maklum untuk mendirikan rumah tangga, sesorang itu harus mempelajari rukun nikah dan sebagainya sebelum mendirikan rumah tangga. Begitu juga perihal selepas proses akad nikah, terdapat pecahan kepada beberapa pekara yang harus diketahui oleh pasangan itu sendiri seperti contoh dalam hal Talak, Rujuk dan sebagainya supaya perjalanan mereka sebagai pasangan suami isteri berjalan lancar sehingga mampu menikmati kebahagiaan rumah tangga sehingga akhir hayat mereka. 


KOLEKSI RAKAMAN CERAMAH

Isu kebangkitan rakyat Mesir terhadap isu politik di negara itu telah membuka mata seluruh umut Islam serata dunia. Bermula kebangkitan rakyat di Tunisia sehingga Mesir, satu demi satu pemimpin negara berkenaan mengalami kejatuhan dalam institusi pemerintahan mereka. Ramai penganalisis politik dan para cendiakawan berpendapat telah berlaku satu revolusi oleh rakyat di negara bergolak berkenaan kerana mereka merasakan kehidupan mereka telah lama ditindas oleh pemerintahan yang zalim. 




Apa yang menarik yang ingin IBRAHiMSTUDiO kongsikan bersama dengan anda,

03 February 2011