Pages

27 April 2010

1:01 AM - No comments

ALBUM TERBARU HIJJAZ

Merupakan antara Otai Nasyid di negara kita, Hijjaz antara nama yang tidak asing lagi dengan lagu-lagu dakwah kini cuba membawa pembaharuan dalam album terbaru ini. Album berjudul PERMATA HIJJAZ 1431 ini hampir sama dengan nama rawatan mata Permata Hijrah yang juga merupakan penaja rasmi bagi album mereka. Bagi mereka yang belum mengenali mereka, Hijjaz terdiri 4 orang ahli kumpulan iaitu :


Mohd Faizal Osman, Munif Ahmad,
Ariffin Rahim & Isman Nadim Isam



Kemunculan beberapa lagu yang mampu menjadi Lagu Hits di tanah air kita diberi rentak lagu yang dianggap berani yang dilakukan oleh kumpulan yang sudah berusia 13 tahun ini seperti Lagu Syukur Pada Mu dan Lagu Iman, Islam, Ehsan. Muzik lagu ini dianggap bertenaga kerana pendekatan yang di bawa oleh Hijjaz ialah memasukkan muzik ala Okestra, dan diselangi muzik moden seperti drum dan Gitar yang dibawa oleh pemain muzik yang cukup berpengalaman dalam tanah air antaranya Ujang Exist (Drum) dan Sham Kamikaze (Gitar Elektrik & Akustik).





Sila klik pada Video di atas untuk mendengar
Lagu Promo Album Permata Hijjaz 1431


Namun ada juga pencitna nasyid yang tidak bersetuju dengan sentuhan Hijjaz dalam album terbaru ini kerana menggunakan lagu yang berinstrument moden ini yang dikatakan telah lari dari unsur-unsur dakwah seperti nasyid-nasyid yang terdahulu yang lebih kepada irama padang pasir. Walau apa pun, mesej dakwah yang ingin disampaikan tetap diteruskan bagi pengiat-pengiat nasyid kerana itu adalah matlamat para munsyid (penasyid) masa kini. Dapatkan album ke-14 Hijjaz (kalau tak salah), berjudul PERMATA HIJJAZ 1431 di pasaran sekarang dengan harga promosi yang masih ada di pasaran berdekatan dengan anda. Selamat mendengar kepada pencinta Nasyid di Malaysia. [IBRAHiM STUDiO]

P/S : Minat lagu Syukur Pada Mu.. =)



Album Hijjaz " PERMATA HIJJAZ 1431"





0 comments:

Post a Comment