Pages

26 October 2010

11:48 AM - No comments

MAAFKANLAH



Jika anda mendengar kata-kata yang tidak patut dari saudara anda atau anda baca tulisan yang memburuk-burukkan anda, maka berikanlah kata maaf anda. Apabila seseorang mencemuhmu, mencacimu, mengejekmu serta meyakitimu, maka maafkanlah dia.

Apabila seseorang terlambat mengunjungi atau menemuimu, maka maafkanlah dia. Jika dia tidak gembira di saat anda gembira, tidak bersedih di saat anda bersedih, dan tidak turut serta dalam majlis undangan anda, maka maafkanlah dia.



Kenapa aku kena maafkan dia?


Mengapa anda mesti memberi maaf di atas seluruh kejahatan ini? Itu supaya anda merasa nyaman dan tenteram, agar anda dan orang lain gembira dan bahagia, kerana anda telah menyelesaikan masalah dari akarnya. Jika anda tidak melakukan hal itu, maka anda akan menemukan susasana hati anda sendiri merasakan hati anda keruh, resah, sengsara, sentisa mengingatnya dan ingin menuntut balas ke atasnya. Dengan demikian, maka hidup anda akan berubah mengalami krisis yang sebenar, menjadi setimbun masalah dan selonggok ketakutan.

25 October 2010

2:58 AM - No comments

TERUSKAN PERJUANGAN WAHAI SAHABAT




Assalamualaikum, Wahai sekalian saudara-saudara ku. Terasa rindu benar hati ini untuk bermadah di dalam laman ini. Sekian lama tidak berkongsi ilmu yang diberikan oleh Allah SWT untuk dirasai bersama. Rindukan majlis ilmu di Masjid Jame' Pekan Kajang yang tidak terhingga setelah saya bermujahadah sebagai seorang mahasiswa IPTA dari Julai 2010 sehingga ke detik hari ini. Akhirnya saya meluahkan nukilan yang tidak seberapa ini sebagai Muqadimah awalan untuk saya berkarya semula di laman blog saya ini setelah sekian lama meninggalkan blog ini.



Allah SWT sentiasa bersama hamba-hambaNya.
Apakah kita sentiasa berfikir kita berseorangan?

Kasih sayang Allah Allah SWT kepada hambaNya amat luas. Setelah sekian lama saya berdoa kepadaNya, akhirnya rintihan saya dimakbulkan oleh Allah SWT. Rintihan hati ini bermula dengan berniat untuk menyambung pengajian di IPTA. Dengan pencapaian diploma yang ada, hati bermula rasa resah gelisah adakah saya ini layak ke IPTA setelah hampir 1 tahun saya mencubanya tetapi tidak berjaya. Saban hari tidak putus-putus harapan dengan berdoa kepada Allah SWT agar saya berpeluang untuk ke IPTA. Alhamdulillah dengan berkat kesabaran, akhirnya saya mendapat tawaran ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bangunan walaupun ia ditawarkan dalam siri pengambilan yang ke dua. Wahai saudara-saudaraku, berdoalah kepada Allah SWT sekiranya kita ada hajat yang diinginkan, meluahkan sesuatu kepada Allah SWT yang Maha Mendengar akan rintihan hambanya. Tatkala doa kita dimakbulkan, beringatlah selalu akan kewajiban kita sebagai hambaNya supaya sentiasa meningkatkan keimanan kita kepada Allah seperti firman Nya :


Maksudnya :
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
[Al -Baqarah : 186]