Pages

20 May 2010

11:28 PM - , No comments

SENANDUNG AL - FATIHAH


Solat merupakan amanah ALLAH SWT kepada setiap umat Islam. Di hari perhitungan di Padang Mahsyar kelak, solat adalah soalan yang paling utama yang akan dipersoalkan oleh ALLAH SWT kepada hamba-hambaNya. Oleh kerana itu, solat adalah bukan perkara yang ringan yang harus dijunjung oleh semua umat Islam. Di dalam hal solat pula, ALLAH SWT menilai solat hamba-hambaNya yang khusyuk dalam solatnya, tidak lalai dan leka dalam solatnya. Seperti dalam firman ALLAH SWT dalam al-Quran :





Maksudnya :
4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, 5. (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya,

(Surah Al-Maa`uun: 4-5)



Membaca surah Al- Fatihah adalah merupakan rukun dalam solat. Ketahuilah wahai saudara-saudara ku, sekiranya rukun solat tidak dilakukan dan salah dilakuakan, solat yang dilakukan tidak sah. Kepentingan surah al-Fatihah ini adalah dari segi pembacaan makhraj huruf dan hukum tajwid. Kita sebagai umat islam harus mempelajari ilmu al-Quran supaya setiap bacaan kita adalah betul. Saya berpesan pada diri saya sendiri dan juga kepada saudara-saudara sekalian, pelajari ilmu tajwid bagi memperbaiki dan memantapkan bacaan.

Namun, kaitan surah al-Fatihah ini amatlah penting dalam kehidupan seharian kita. Tetapi sejauh manakah kita mengatahui isi kandungan maksud surah al-Fatihah? Adakah kita membaca al-Fatihah sekadar pada zahir di mulut tetapi isi kandungan dan maksu ayat-ayatnya tidak difahami. Ketahuilah wahai saudara-saurdaraku sekiranya kita mendalami maksud ayat di dalam surah al-Fatihah, adalah suatu pendekatan kepada kita untuk menambahkan lagi kekhusyukan dalam solat kita. Bagi seseorang yang begelar al-Hafiz mahupun seseorang yang alim dalam dalam pegajian al-Quran tiada masalah bagi mereka. Bagaimana pula kita yang baru mula hendak mendalami ilmu agama?

Surah al-Fatihah. Adakah kita memahaminya?


Di sini saya ingin berkongsi, selain kita memahami ayat surah al-Fatihah dengan membaca dan menghafal melalui terjemahan al-Quran, pendekatan melalui nasyid adalah salah satu cara untuk memahami isi kandungan dam maksud ayat dalam surah al-Fatihah. Inilah nasyid, bukan sekadar hanya hiburan semata-mata. Bahkan mesej yang disampaikan amat memberi kesan kepada pendengar. Secara umumnya inilah seni dalam islam. Penyampaian dakwah islam bukan tertumpu pada kitab-kitab dan penulisan sahaja. Tetapi juga dalam bentuk Nasyid, syair, sajak, puisi, gurindam, dan pelbagai medium lain. Namun ada juga sesetengah golongan yang menyalah gunakan seni ini ke arah mesej yang melalaikan melalui lirik lagu itu sendiri. Sehingga ada lirik yang membesarkan dan memuji-muji pekara lain selain ALLAH SWT. Seni pada asalnya harus menjadi haram jika bercampur dengan unsur-unsur yang dilarang dalam Islam.




Buat tatapan kepada semua, Nasyid ini berjudul Senandung al-Fatihah yang disampaikan oleh kumpulan nasyid Nur Irsyad. Cukup mudah bagi lagu ini, hanya menggunakan maksud dalam surah al -Fatihah dan disesuaikan ke dalam lirik lagu ini. IBRAHIM STUDIO ingin berkongsi bersama semua dalam lagu ini bersama-sama Video lagu, lirik lagu dan link untuk memuat turunkan lagu ini. Moga-moga, apa yang kita lakukan semua ini mendapat Keredhaan dan Rahmat dari ALLAH SWT. Terimalah dari IBRAHIM STUDIO & RECORD, Nur Irsyad - Senandung al- Fatihah [IBRAHiM STUDiO]:


Nur Irsyad - Senandung al-Fatihah





Dengan menyebut nama Mu ya Allah
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pemelihara seluruh alam raya

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada Mu kami menyembah
Dan pada Mu kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat



Untuk mendapatkan mp3 di 4shared.com sila klik : Nur Irsyad - Senandung al-Fatihah

0 comments:

Post a Comment