Pages

05 June 2010

12:56 AM - No comments

DEMI KEMANUSIAN, ISLAM AKAN BANGKIT

Melampau!! Kejam!! Tidak Berperikemanusiaan !! Itulah yang pandangan masyarakat seluruh dunia yang meletakkan peristiwa kerakusan rejim zionis menyerang konvoi perkapalan Mavi Marmara untuk misi Freedom Flotilla to Gaza. Sebanyak 19 orang angka terkorban kebanyakan warga negara Turki dan beberapa yang lain tercedera di dalam misi ini yang membawa 700 penumpang dari pelbagai negara termasuk 12 orang dari Malaysia. Konvoi perkapalan Mavi Marmara dari Turki ini diserang oleh Komando-komando laut Yahudi Laknatullah di kawasan perairan antarabangsa pada kedudukan 75 batu dari kawasan sempadan Israel. Suatu pencabulan undang-undang antarabangsa yang terlalu biadap dan melampau dilakukan Rejim Zionis Israel ini. Pekara ini mencetuskan kemarahan dan bantahan penduduk dunia, bukan sahaja dari masyarakat Islam tetapi masyarakat bukan Islam turut serta dalam bantahan ini.




Protes masyarakat global di atas kekejaman Israel.



Kekejaman Yahudi Laknatullah telah membuka mata masyarakat dunia bahawa Israel sanggup membunuh sesiapa sahaja yang cuba memberi bantuan kepada masyarakat di Gaza yang ditadbir oleh Hamas.
Oleh kerana sekian lama pintu sempadan Mesir-Gaza ditutup di Rafah, akhirnya kerajaan Mesir pula ingin membukanya semula bagi memberi laluan kepada para aktivis mahupun masyarakat dunia menghulurkan bantuan kepada masyarakat Gaza. Ini berlaku setelah konvoi Mavi Marmara diserang. Apa yang terlintas di hati saya, kerajaan Mesir telah menerima tamparan hebat dari pelbagai pihak khususnya dari negara-negara OIC mahupun dalam Liga Arab itu sendiri yang selama ini kerajaan Mesir menutup pintu sempadan di Rafah. Mungkin juga, kerana terkorbannya para syuhada Mavi Marmara menyebabkan kerajaan Mesir membuat keputusan untuk membuka semula pintu sempadan di Rafah bagi mengurangkan korban jiwa yang dilakukan oleh Israel yang akan membabitkan lebih ramai lagi pihak dari masyarakat dunia yang terus menghulurkan bantuan ke Gaza jika sempadan ini terus ditutup.


Rakyat Palestin di Gaza cukup menderita apabila sempadan Rafah ditutup.


Israel pula cukup bijak bagi mengaburi pandangan mata dunia. Berita yang dikhabarkan, kerajaan Yahudi Laknatullah itu akan menyarankan semua konvoi perkapalan misi bantuan ke Gaza perlu berhenti di pelabuhan mereka Ashdod di Haifa bagi tujuan memeriksa bekalan yang hendak di bawa kemudian bantuan yang di salurkan akan meneruskan perjalanan setelah diperiksa melalui dari jalan darat melalui negara Israel sehingga ke Gaza. Kenyataan Israel ini telah membuatkan Tun Dr. Mahathir memberi pandangan sendiri. Beliau berkata sekiranya konvoi perkapalan akan berlabuh di Ashdod, pihak Israel akan menyekat bekalan-bekalan yang disalurkan oleh masyarakat dunia dan akan menyatakan bekalan yang dibekalkan mempunyai bahan untuk membuat senjata dan bekalan ubat-ubtan akan dibiarkan sehingga tarikh luput bagi sesuatu ubat dibiarkan begitu sahaja. Saya menyokong kenyataan beliau. Perlabuhan konvoi perkapalan bantuan kemanusiaan Gaza akan menjadi sia-sia kerana pasti bekalan-bekalan bantuan kemanusiaan akan disekat, ditahan, dikurangkan dan juga pasti akan disorok oleh kerajaan Yahudi Laknatullah itu.


Perlabuhan Ashdod di Israel



Bagi memastikan bekalan Misi Kemanusiaan Gaza sampai dilokasi yang sepatutnya, konvoi perlu meneruskan perjalanan tanpa berlabuh di Ashdod. Namun apa yang perlu dilakukan oleh para aktivis adalah perlu membuat satu perjumpaan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan di wakili mana-mana negara sebelum berlepas dari pelabuhan Turki untuk mengharapkan jaminan keselamatan konvoi perkapalan dari PBB ketika melalui perairan antarabangsa dan sekiranya bekalan-bekalan bantuan ingin diperiksa sebelum diserahkan kepada rakyat Gaza, pihak PBB sahaja yang boleh memeriksa bekalan tersebut tanpa campur tangan pihak Israel. Kerana pada masa inilah yang sesuai menunjukan ketegasan pihak PBB bagi menanagani isu Gaza. Namun jika pekara ini dicabuli oleh pihak Yahudi Laknatullah atau tidak dapat dilaksanakan oleh PBB, sesuatu pekara yang amat mendukacitakan masyarakat global terhadap PBB dan mempunyai sesuatu yang tidak kena oleh badan dunia itu. Ini adalah sekadar pandangan dan pendapat dari saya.



Peranan PBB amat ditagih pada ketika ini untuk Misi Kemanusiaan Gaza



Secara kesimpulannya, rentetan peristiwa hitam pada 31 Mei itu telah menyatupadukan masyarakat Global. Kerana selama ini hanya rakyat Palestin menjadi mangsa ratahan kekejaman Yahudi Laknatullah. Tetapi kini, ia semakin buruk sehingga para aktivis misi kemanusiaan juga diserang oleh IDF. Malah Ketua Zionis Israel Yahudi Laknatullah sendiri, Netanyahu mengatakan para aktivis adalah pengganas. Wahai saudara-saudaraku, hanya kesatuan Ummah hanya boleh memecahakan tembok Yahudi ini. Seperti kesatuan masyarakat dunia ini yang telah menggoyahkan kerajaan Israel. Kerana dengan gabungan pertubuhan kerajaan, NGO, parti-parti politik, kelompok agama bersama-sama dalam misi kemanusiaan Gaza ini. Begitulah juga berlaku di Malaysia, kini masyarakat muda terus mendidih semangat dalam isu Gaza bersama-sama golongan yang berpengalaman dalam isu ini. Marilah bersama-sama berganding bahu untuk meneruskan misi kemanusiaan ini dari segi kewangan, tenaga dan masa. Walaubagaimana pun ALLAH SWT tetap ada perancanganNya. Berdoalah kita kepada ALLAH SWT semoga mereka yang menyertai misi ini selamat dan diberi perlindungan oleh ALLAH SWT. Wallahua'lam. Takbir... ALLAHUAKBAR!! [IBRAHiM STUDiO]





Jihadlah Ummat Islam ke jalan ALLAH SWT



Firman ALLAH SWT :




Maksudnya :

Tidaklah sama antara mu`min yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai `uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk [340] satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk [341] dengan pahala yang besar,
  • 340 Maksudnya : yang tidak berperang karena uzur.
  • 341 Maksudnya : yang tidak berperang tanpa alasan. Sebagian ahli tafsir mengartikan "qaa`idiin" di sini sama dengan arti "qaa`idiin" pada not 340

[Surah An-Nisaa`:095 ]




0 comments:

Post a Comment