Pages

11 June 2010

KOLEKSI RAKAMAN CERAMAH


Tatkala dunia ini semakin mengancam dan menindas umat Islam, ada juga golongan yang ingin memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam. Tidak terhenti di telinga kita, berita-berita berkenaan penyeksaan dan penindasan ke atas umat Islam pada akhir zaman ini yang menjadi tajuk utama kepada berita-berita dunia. Seperti Isu Bantuan Kemanusian Gaza, Palestin, Kancah politik yang berlaku di Iraq, Isu Niqab Wanita Islam di Eropah, Isu Nuklear Iran yang menjadi-jadi dan pelbagai lagi cerita ke atas Islam pada akhir zaman ini. Telah terbukti segala hadis Rasulullah SAW menyatakan di akhir zaman, umat Nabi Muhammad SAW akan menempuh zaman fitnah, penindasan dalam pelbagai hak termasuklah antara pasti akan berlaku iaitu Fitnah Dajjal.


Isu Palestin yang tidak berkesudahan. Di mana kita ketika mereka ditindas?



Begitu juga kita di Malaysia, dengan permasalahan politik yang menjadi perbualan harian di kalangan warga masyarakat, isu maksiat dan gejala sosial yang semakin menular di kalangan remaja, dan pelbagai lagi pekara mungkar yang berlaku di sekeliling kita. Apa yang dirisaukan golongan pemimpin pada hari ini, ke manakah ganerasi muda yang bakal mentadbir Islam dan negara hari ini, jika sampai pada masa yang ditentukan oleh ALLAH SWT mengamanahkan mereka untuk menjadi pentadbir dalam agama dan negara? Tempuklah dada, tanyalah iman.




Hiburan yang melalaikan telah pun melekakan para pemuda Islam.
Inilah senjata Yahudi Laknatullah yang telah berjaya meresap
dalam jiwa umat Islam seluruh dunia.



Saya berpesan kepada diri saya dan juga kepada semua saudara-saudaraku, khususnya para pemuda yang membaca aritikel saya ini. Sempurnakanlah Solat kita yang lima waktu yang difardhukan kepada kita setiap masa dan di mana sahaja kita berada. Kenali, pelajari, baca dan fahamilah Kitab al-Quran, kerana inilah mukjizat Rasulullah SAW yang masih ada sehingga kini yang menjadi pentujukkan kita pada setiap masa.
Cintailah rumah-rumah ALLAH. Di zaman kini, para pemuda dapat dilihat pada jumlah yang ramai ketika masuk waktu Solat Jummat sahaja. Pada waktu lain, golongan tua pula yang memegang tampuk jemaah di rumah-rumah ALLAH. Sedangkan di dalam hadis Rasulullah SAW, terlalu banyak menekankan tentang solat jemaah lebih penting dari solat secara berseorangan. Amat jelaslah sekarang ini, kehidupan para remaja sekarang lebih dikelilingi hiburan-hiburan yang melalaikan daripada kehidupan mereka yang dikelilingi fikiran-fikiran tentang azab, dosa pahala dan kehidupan selepas mati iaitu di alam barzakh dan alam akhirat.



Akhir kata pada edisi keluran posting ini, saya menyeru kepada jemaah pemuda supaya marilah bersama-sama mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. Carilah Cinta ALLAH SWT dan cinta Rasulullah SAW. Kerana dari 2 cinta ini, pasti kita akan mendapat mencari cinta yang sepatutnya kehidupan kita di dunia ini. Janganlah kita menjadi hamba ALLAh SWT yang 'CINTAKAN DUNIA, TAKUTKAN MATI' kerana cinta dunia ini adalah cinta yang sementara sahaja, yang kekal dan abadi adalah Akhirat, Kerajaan ALLAH SWT. Pohonlah padaNya supaya kita mendapat naungan, rahmat & redha dariNya dan syafaat Rasul kita, penutup bagi segala nabi iaitu Nabi Muhammad SAW. Selawat junjugan ke atas baginda dan keluarga baginda. Wallahua'lam [IBRAHiM STUDiO]



Kerinduan mendalam umat Islam kepada Rasulullah SAW
selepas kewafatan baginda





1. Kuliah Maghrib di Masjid Jame' Pekan Kajang telah enjemput penceramah yang baru iaitu Dr. Maimun Aqsha. Beliau merupakan salah sorang pensyarah UKM telah menyampaikan kuliah ini menggunakan Kitab Sakratul Maut. Ikuti kuliah Dr. Maimun Aqsha - Sakaratul Maut yang menyentuh pekara-pekara berkenaan :



Dr. Maimun Aqsha ketika menyampaikan kuliah


  • Amalan di dunia yang berhubung dengan Alam Barzakh
  • Lima peringkat Iman berdasarkan al-Quran
  • Fasa kehidupan sahabat Rasulullah SAW ; Amr Bin al-As
  • Kisah Api Neraka di akhirat
  • Kecintaan Muaz bin Jabbar kepada dunia
  • Qiammulail Suami Isteri
  • Asal usul zikirullah di zaman Anbia'

Untuk mendapatkan rakaman ini, sila klik : Dr. Maimun Aqsha - Sakaratul Maut






2. Majlis Ilmu Masjid Jame' Pekan Kajang diteruskan dengan Dr. Rajab Selamat -Tuntutan Syahadah. Dalam kuliah beliau telah menekan beberapa kisah untuk pengatahuan bersama. Antaranya :



Antara Pedang Milik Rasulullah SAW



  • Rezeki Islam ; Kisah Yad Ibn al-Qalbi
  • Abdul Mujanah melaksanakan hak pedang Rasulullah
  • Kebencian kaum Yahudi selepas kemenangan Islam di Badar
  • Perancangan para sahabat membunuh Kaab Bin Asyraf

Untuk mendapatkan rakaman ini, sila klik : Dr. Rajab Selamat -Tuntutan Syahadah






3. Kuliah Subuh bulanan Masjid Jame' Pekan Kajang pada setiap hari Sabtu disampaikan oleh Ustaz Abdullah dijemput khas dari Baling, Kedah. Menarik dalam ceramah Ustaz Abdullah - Piala ; menyentuh beberapa- beberapa pekara tentang :



  • Pendapat Tokoh sufi Fudail Ibnu Iya' tentang berkerja kerana manusia
  • Haram bersikap sombong dan takbur
  • Suhuf Ibrahim yang mengingati peranan pemerintah
  • Amalan yang malaikat menunggu selepas solat
  • Haram mencaci para sahabat Nabi, mempertahankan saudara Islam dari dicaci
  • Kisah Salamah bin Abwa' makan menggunakan tangan kiri di depan Rasulullah SAW
  • Kisah Khalifah Umar al-Khatab mencari Wais al-Qarni ; berat amanah seorang pemerintah

Untuk mendapatkan rakaman ini, sila klik : Ustaz Abdullah - Piala






4. Kuliah Maghrib Masjid Jame' Pekan Kajang telah menjemput penceramah baru iaitu Ustaz Anuar Salleh untuk mengajar bab aqidah kepada jemaah. Antara intipati dalam kuliah Ustaz Anuar Salleh - Yahudi & Perancangan adalah :




  • Faktor kerosakan dunia kerana melanggar kebenaran ALLAH SWT dalam al-Quran
  • Kedengkian Yahudi kepada Nabi Akhir Zaman
  • Awal makhluk yang ALLAH SWT ciptakan menurut hadith Rasulullah SAW
  • Ilmu perancangan Islam yang telah ditiru oleh Yahudi
  • Kapitalis telah menyelewengkan sejarah Islam dalam silibus pendidikan di dunia
  • Penjajahan British telah merancang sisitem pendidikan dalam negara



Untuk mendapatkan rakaman ini, sila klik : Ustaz Anuar Salleh - Yahudi & Perancangan







5. Ustaz Mohd Salahuddin meneruskan pengajian Kitab Halal dan Haram di Masjid Jame' Pekan Kajang setelah pangajian Kitab Ar-roh telah tamat. Ustaz Mohd Salahuddin - Halal Haram Milik Allah adalah tajuk awalan telah menekan beberapa pekara :



Berhukum mengikut hukum ALLAH dalam al-Quran




  • Manusia tiada hak untuk menentukan Halal-Haram seuatu pekara telah ditetapkan dalam dalil termasuk Pemerintah Nagara
  • Amalan ziarah kubur yang salah dalam adat
  • Al-Quran telah mengutuk ahli-ahli Kitab yang menentukan Halal-Haram
  • Menyalah gunakan rezeki ALLAH SWT
  • Kisah Ulamak yang hendak diserang oleh tentera Nabi Musa pada zamanya
  • Imam Nawawi dengan fatwa pemerintah mengambil cukai dari rakyat
  • Soalan menukar Halal-Haram tidak digemari oleh Imam-imam Mazhab

Untuk mendapatkan rakaman ini, sila klik : Ustaz Mohd Salahuddin - Halal Haram Milik Allah







6. Kuliah Maghrib pada malam Jumaat di Surau Impian Gemilang diteruskan lagi dengan Ustaz Mohd Salahuddin dalam siri pengajian Kitab Ar-Roh. Kuliah kali ini Ustaz Mohd Salahuddin - Peristiwa Isra' telah mamaparkan gambaran balasan kepada kumpulan manusia dalam peristiwa Isra' kubur seperti :

  • Golongan yang susah mengerjakan dan melambatkan solat
  • Kedekut dalam sedekah dan zakat
  • Seksaan Suami atau Isteri yang membuat zina dengan orang lain
  • Orang yang menghalang kerja-kerja dakwah
  • Tamak dalam memegang amanah walaupun sedar dia tidak berkemampuan
  • Balasan kepada orang yang makan riba
  • Bibir seperti unta untuk orang yang memakan harta anak yatim
  • Ketegasan Mazhab Syafie dalam berhati-hati kenduri makan tahlil arwah dan amalan yang sepatutnya dalam menjamu makan dalam Tahlil Arwah
  • Konspirasi Fitnah orang apa balasanya?
  • Hendak menasihati orang, tetapi dia sendiri sudah jadi terbalik


Bibir kita seperti unta jika memakan harta anak yatim


Untuk mendapatkan rakaman ini, sila klik : Ustaz Mohd Salahuddin - Peristiwa Isra'







7. Pengajian Kitab Bahru al Madzi di Masjid Jame' Pekan Kajang diteruskan oleh Ustaz Hj. Zainal Abidin. Dalam bab makanan dalam Jilid ke-12 ini , tajuk rakaman ini Ustaz Hj. Zainal Abidin - Oh Bawang menghuraikan beberapa pekara anataranya :



Kitab Bahru al Madzi karangan Sheikh Idris al Marbawi



  • Tinggalkan baki makanan yang dihidangkan untuk orang ramai
  • Mengambil berkat makanan dari orang yang alim
  • Kasih sayang para sahabat dengan Rasulullah SAW
  • Kisah sahabat yang ingin membalas pukul dengan Rasulullah SAW?
  • Pekara yang harus disegerakan dalam Islam
  • Trend hantaran kahwin yang tinggi
  • Rasulullah SAW tidak suka makan bawang

Untuk mendapatkan rakaman ini, sila klik : Ustaz Hj. Zainal Abidin - Oh Bawang







8. Siri Kuliah Kitab Hidayatus Salikin di Masjid Jame' Pekan Kajang diteruskan oleh Ustaz Abd. Razak Mahadi dengan tajuk kali ini ialah Syukur. Antara intipati kuliah kali ini ialah :


Jika haiwan ini mampu bersyukur dengan nikmat ALLAH,
mengapa tidak pula kita sebagai manusia untuk bersyukur?




  • Sungguh besar nikmat ALLAH SWT kepada hamba-hambaNya
  • Cara Rasulullah SAW bersyukur setelah menjumpai unta beliau
  • Makan orang yang bersyukur menyamai orang puasa yang bersabar
  • Golongan Hammadun di akhirat. Siapakah mereka?
  • Memikirkan kejadian ALLAH SWT cara bersyukur

Untuk mendapatkan rakaman ini, sila klik : Ustaz Abd. Razak Mahadi - Syukur







9. Kuliah Maghrib Masjid Jame' Pekan Kajang bagi kelas Tafsir disampaikan oleh Ustaz Fadly. Anak jati negeri Kelantan ini cukup menarik penyampiannya. Ikuti kupasan Ustaz Fadly - Surah Quraish yang menyentuh beberapa pekara :




  • Kaum Quraish menjadi pilihan ALLAH SWT untuk Rasul akhir zaman
  • Berkhatan adalah amalan dari Nabi Ibrahim A.S
  • Sejarah Saie di Safa & Marwah
  • Percikan Air Zam Zam dari Nabi Ismail A.S
  • Sejarah pendudukan Mekah dan awalan penyembahan berhala
  • ISU : Menghukum keluarga Rasulullah SAW sebelum kedatangan Islam

Untuk mendapatkan rakaman ini, sila klik : Ustaz Fadly - Surah Quraish

0 comments:

Post a Comment