Pages

28 August 2014

4:56 AM - 2 comments

REDHA ITU UNTUK TUHAN KU

REDHA KU UNTUK TUHAN KU



Redha
Aku redha
Jika itu bukan jalan untuk aku
Kerana hikmah itu hanya Engkau yang tahu


Redha 
Inilah suratan takdir yang sudah tertulis
Siapakah aku ingin melawan takdir yang bertragis
Melihat lembaran itu hatiku menangis
Inilah sifat cinta yang ada yang semakin nipis


Redha
Terima kasih Tuhan kerna berikan cinta dan nikmat
Walaupun pahit cinta itu tetap aku gigit
Tetap ada kemanisan meskipun nikmat itu penuh perit



Redha aku untuk Mu oh Tuhan ku
Biarkanlah ia terus berlalu....


Namun hatiku
Tawar maaf ku kerana perbuatan mu..




07 April 2014

10:11 AM - 2 comments

HANYA SEKADAR PERMULAAN


Sekian lama menyepi
Aku muncul dengan versi puisi
Untuk gambaran luahan hati ini
Yang sekian dalam sudah dilukai

Tidak tergambar penceritaan ku sebelum ini
Permulaan yang indah sungguh berseri
Berakhir dengan tragedi yang paling aku benci
Mengkhianti cinta setelah mengenali

Terungkai ungkapan dari bibir mu sendiri
Di waktu kita sedang tidak memahami
Engkau berkata aku sering membandingi
Namun adakah engkau tidak sedari
Bercerita tentang lelaki lain yang buat aku tidak senangi

Sakitnya diri setelah engkau tawar hati
Maaf engkau pinta namun tidak aku balasi
Hanya persoalan sering ku terpahat di hati
Engkau berjujur memohon maaf atau membelakangkan hati

Bagaimana ingin aku lupakan
Segala perbuatan yang meluka perasaan
Engkau gembira dengan bermadah cinta yang kau dapat
Dalam hitungan masa yang begitu singkat

Jika engkau sukar terima kekurangan ku
Ungkapkan sahaja jangan membisu
Luka di dalam siapa yang tahu
Semakin hari aku mengadu







Sekian lama tidak berkarya di blog ini kerana saya berhijrah berkelana menyambung pengajian di Australia. Mohon doa kalian suapaya saya berjaya menamatkan semester akhir ini.