Pages

07 December 2010

4:09 AM - No comments

SALAM MAAL HIJRAH 1432



SHOUTUL SOFWA - MAAL HIJRAH

Maal Hijrah menyingkap sejarah
Kisah perpindahan Nabi Muhammad
Dari Kota Makkah menuju ke Kota Madinah
Untuk menyelamatkan Islam dari di tindas

Di tengah malam Rosul berjalan
Bersama Abu Bakar menjadi teman
Di dalam Gua Tsur mereka bersembunyi
Musuh mencarinya tiada berjumpa

Tiba di Madinah disambut dengan meriah
Seluruh mukmin bersyukur dan gembira
Selamatlah islam dari kekejaman
Terus berkembang mebena sebuah impaian

Hijrah rosul suatu hikmah
Dunia yang kelam bertukar cerah
Segala kekejaman kini lenyaplah sudah
Tenda agama islam peroleh kemenangan

Hijrah rosul suatu iman
Ambillah ia menjadi panduan
Agar hidup kita tidak dalam kesesatan
Dalam kita menempuh ranjau kehidupan
Agar hidup kita tidak dalam kesesatan
Dalam kita menempuh ranjau kehidupan

26 October 2010

11:48 AM - No comments

MAAFKANLAH



Jika anda mendengar kata-kata yang tidak patut dari saudara anda atau anda baca tulisan yang memburuk-burukkan anda, maka berikanlah kata maaf anda. Apabila seseorang mencemuhmu, mencacimu, mengejekmu serta meyakitimu, maka maafkanlah dia.

Apabila seseorang terlambat mengunjungi atau menemuimu, maka maafkanlah dia. Jika dia tidak gembira di saat anda gembira, tidak bersedih di saat anda bersedih, dan tidak turut serta dalam majlis undangan anda, maka maafkanlah dia.



Kenapa aku kena maafkan dia?


Mengapa anda mesti memberi maaf di atas seluruh kejahatan ini? Itu supaya anda merasa nyaman dan tenteram, agar anda dan orang lain gembira dan bahagia, kerana anda telah menyelesaikan masalah dari akarnya. Jika anda tidak melakukan hal itu, maka anda akan menemukan susasana hati anda sendiri merasakan hati anda keruh, resah, sengsara, sentisa mengingatnya dan ingin menuntut balas ke atasnya. Dengan demikian, maka hidup anda akan berubah mengalami krisis yang sebenar, menjadi setimbun masalah dan selonggok ketakutan.

25 October 2010

2:58 AM - No comments

TERUSKAN PERJUANGAN WAHAI SAHABAT




Assalamualaikum, Wahai sekalian saudara-saudara ku. Terasa rindu benar hati ini untuk bermadah di dalam laman ini. Sekian lama tidak berkongsi ilmu yang diberikan oleh Allah SWT untuk dirasai bersama. Rindukan majlis ilmu di Masjid Jame' Pekan Kajang yang tidak terhingga setelah saya bermujahadah sebagai seorang mahasiswa IPTA dari Julai 2010 sehingga ke detik hari ini. Akhirnya saya meluahkan nukilan yang tidak seberapa ini sebagai Muqadimah awalan untuk saya berkarya semula di laman blog saya ini setelah sekian lama meninggalkan blog ini.



Allah SWT sentiasa bersama hamba-hambaNya.
Apakah kita sentiasa berfikir kita berseorangan?

Kasih sayang Allah Allah SWT kepada hambaNya amat luas. Setelah sekian lama saya berdoa kepadaNya, akhirnya rintihan saya dimakbulkan oleh Allah SWT. Rintihan hati ini bermula dengan berniat untuk menyambung pengajian di IPTA. Dengan pencapaian diploma yang ada, hati bermula rasa resah gelisah adakah saya ini layak ke IPTA setelah hampir 1 tahun saya mencubanya tetapi tidak berjaya. Saban hari tidak putus-putus harapan dengan berdoa kepada Allah SWT agar saya berpeluang untuk ke IPTA. Alhamdulillah dengan berkat kesabaran, akhirnya saya mendapat tawaran ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bangunan walaupun ia ditawarkan dalam siri pengambilan yang ke dua. Wahai saudara-saudaraku, berdoalah kepada Allah SWT sekiranya kita ada hajat yang diinginkan, meluahkan sesuatu kepada Allah SWT yang Maha Mendengar akan rintihan hambanya. Tatkala doa kita dimakbulkan, beringatlah selalu akan kewajiban kita sebagai hambaNya supaya sentiasa meningkatkan keimanan kita kepada Allah seperti firman Nya :


Maksudnya :
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
[Al -Baqarah : 186]

19 July 2010

13 July 2010

KOLEKSI RAKAMAN CERAMAH : ISTIMEWA BULAN JUN

Pada tarikh 19 Jamadilakhir 1431 H bersamaan 2 Jun 2010, Masjid Jame Pekan Kajang telah menjemput salah seorang tokoh ulama' yang disegani di tanah air kita. Tokoh yang dimaksudkan ialah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Kehadiran beliau amat dirindui oleh semua ahli qariah kawasan Kajang kerana setelah sekian lama beliau tidak mengadakan majlis ilmu di Masjid Jame' Pekan Kajang.


Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din


Di mana cerita dosa di dalam masyarakat kita? Inilah persoalan awal yang dibawa oleh beliau di atas beberapa kisah mungkar yang berlaku di dalam masyarakat di negara kita pada ketika ini. Kurangnya kerja "saling ingat-mengingati" sesama masyarakat kita terhadap setiap pekara mungkar yang berlaku pasti akan mengundang kepada azab dan bala dari ALLAH SWT. Tatkala pelbagai kempen dicanang oleh media di sana-sini untuk "Kempen Pencegahan Pembuangan Bayi " dalam pelbagai bentuk, ada juga pekara yang besar yang sekian lama kita telah tinggalkan yang telah menjadikan isu ini semakin kronik dan menjadi barah kepada masyarakat kita. Iaitu berhukum mengikut panduan al-Quran. Firman ALLAH SWT :




Maksudnya :

(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya kedalam syurga yang mengalir didalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar.

[Surah An-Nisaa`:013 ]




Pembunuhan bayi pada zaman sekarang
yang lebih teruk dari zaman jahiliah.


05 July 2010

3:00 PM - , No comments

KAMI MERINDUI MU YA RASULULLAH



Ya Rasulullah
Tatkala dikau pergi, seluruh sahabatmu meratapi pemerigian mu Ya Rasulullah
Tidak tertahan kesedihan di kalangan keluarga mu Ya Rasulullah
Seluruh umat mu menangisi ketiadaan mu Ya Rasulullah


Ya Rasulullah
Bertapa kasihnya dikau kepada umat mu Ya Rasulullah
Beberapa kali engkau bersabda yang memberi peringatan kepada kami
Tatkala Sakaratul Maut dilalui mu
Tidak putus-putus bibir mu mengasihi umat mu
Umati..Umati..Umati..


Ya Rasulullah
Di kala kini engkau tiada di sisi kami Ya Rasulullah
Dijiwa kami, kalimah syahadah kami tetap hidup bersama jiwamu Ya Rasulullah
Namun kini, kami masih kurang menebal cinta kami kepada mu Ya Rasulullah
Kerana dunia fana ini telah mengaburi cinta kami kepada mu Ya Rasulullah
Kerana nafsu ammarah ini telah menjauhkan kami kepada mu Ya Rasulullah
Kami lupa kepada sunnah mu Ya Rasullah
Kami leka dari membuka lembaran al-Quran yang diwahyukan kepada mu Ya Rasullah


Ya Rasulullah
Layakkah kami mendapat syafaat dari mu
Layakkah kamibersama-sama mu di syurga nanati
Layakkah kami menjadi umat mu Ya Rasulullah

Sedangkan al-Quran dan Sunnah mu belum kami amalkan dalam hidup kami
Selawat kepada mu kami kurang dilafazkan
Kerana tidak mensyukuri dan mengasihi mu Ya Rasulullah


Kami bermohon kepada Mu Ya ALLAH
Selawat dan salam ke atas junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW
Selawat dan salam ke atas keluarganya
Kami memohon hidayah, rahmat dan redha Mu Ya ALLAH
Ampunilah segala dosa-dosa kami
Jangan engkau palingkan hati kepada Mu Ya ALLAH
Jangan engkau jauhkan hati kepada Rasulullah SAW
Labuhkan hati kami kecintaan kepada Mu Ya ALLAH
dan kepada kekasih Mu , Nabi Muhammad SAW
Jangan biarkan kami terhanyut dalam Cinta Duniawi ini
perkenankanlah permintaan kami ini
perkenankanlah....









11 June 2010

KOLEKSI RAKAMAN CERAMAH


Tatkala dunia ini semakin mengancam dan menindas umat Islam, ada juga golongan yang ingin memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam. Tidak terhenti di telinga kita, berita-berita berkenaan penyeksaan dan penindasan ke atas umat Islam pada akhir zaman ini yang menjadi tajuk utama kepada berita-berita dunia. Seperti Isu Bantuan Kemanusian Gaza, Palestin, Kancah politik yang berlaku di Iraq, Isu Niqab Wanita Islam di Eropah, Isu Nuklear Iran yang menjadi-jadi dan pelbagai lagi cerita ke atas Islam pada akhir zaman ini. Telah terbukti segala hadis Rasulullah SAW menyatakan di akhir zaman, umat Nabi Muhammad SAW akan menempuh zaman fitnah, penindasan dalam pelbagai hak termasuklah antara pasti akan berlaku iaitu Fitnah Dajjal.


Isu Palestin yang tidak berkesudahan. Di mana kita ketika mereka ditindas?



Begitu juga kita di Malaysia, dengan permasalahan politik yang menjadi perbualan harian di kalangan warga masyarakat, isu maksiat dan gejala sosial yang semakin menular di kalangan remaja, dan pelbagai lagi pekara mungkar yang berlaku di sekeliling kita. Apa yang dirisaukan golongan pemimpin pada hari ini, ke manakah ganerasi muda yang bakal mentadbir Islam dan negara hari ini, jika sampai pada masa yang ditentukan oleh ALLAH SWT mengamanahkan mereka untuk menjadi pentadbir dalam agama dan negara? Tempuklah dada, tanyalah iman.




Hiburan yang melalaikan telah pun melekakan para pemuda Islam.
Inilah senjata Yahudi Laknatullah yang telah berjaya meresap
dalam jiwa umat Islam seluruh dunia.



Saya berpesan kepada diri saya dan juga kepada semua saudara-saudaraku, khususnya para pemuda yang membaca aritikel saya ini. Sempurnakanlah Solat kita yang lima waktu yang difardhukan kepada kita setiap masa dan di mana sahaja kita berada. Kenali, pelajari, baca dan fahamilah Kitab al-Quran, kerana inilah mukjizat Rasulullah SAW yang masih ada sehingga kini yang menjadi pentujukkan kita pada setiap masa.

05 June 2010

12:56 AM - No comments

DEMI KEMANUSIAN, ISLAM AKAN BANGKIT

Melampau!! Kejam!! Tidak Berperikemanusiaan !! Itulah yang pandangan masyarakat seluruh dunia yang meletakkan peristiwa kerakusan rejim zionis menyerang konvoi perkapalan Mavi Marmara untuk misi Freedom Flotilla to Gaza. Sebanyak 19 orang angka terkorban kebanyakan warga negara Turki dan beberapa yang lain tercedera di dalam misi ini yang membawa 700 penumpang dari pelbagai negara termasuk 12 orang dari Malaysia. Konvoi perkapalan Mavi Marmara dari Turki ini diserang oleh Komando-komando laut Yahudi Laknatullah di kawasan perairan antarabangsa pada kedudukan 75 batu dari kawasan sempadan Israel. Suatu pencabulan undang-undang antarabangsa yang terlalu biadap dan melampau dilakukan Rejim Zionis Israel ini. Pekara ini mencetuskan kemarahan dan bantahan penduduk dunia, bukan sahaja dari masyarakat Islam tetapi masyarakat bukan Islam turut serta dalam bantahan ini.




Protes masyarakat global di atas kekejaman Israel.



Kekejaman Yahudi Laknatullah telah membuka mata masyarakat dunia bahawa Israel sanggup membunuh sesiapa sahaja yang cuba memberi bantuan kepada masyarakat di Gaza yang ditadbir oleh Hamas.

20 May 2010

11:28 PM - , No comments

SENANDUNG AL - FATIHAH


Solat merupakan amanah ALLAH SWT kepada setiap umat Islam. Di hari perhitungan di Padang Mahsyar kelak, solat adalah soalan yang paling utama yang akan dipersoalkan oleh ALLAH SWT kepada hamba-hambaNya. Oleh kerana itu, solat adalah bukan perkara yang ringan yang harus dijunjung oleh semua umat Islam. Di dalam hal solat pula, ALLAH SWT menilai solat hamba-hambaNya yang khusyuk dalam solatnya, tidak lalai dan leka dalam solatnya. Seperti dalam firman ALLAH SWT dalam al-Quran :





Maksudnya :
4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, 5. (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya,

(Surah Al-Maa`uun: 4-5)



Membaca surah Al- Fatihah adalah merupakan rukun dalam solat. Ketahuilah wahai saudara-saudara ku, sekiranya rukun solat tidak dilakukan

18 May 2010

KOLEKSI RAKAMAN CERAMAH

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Terlebih dahulu IBRAHiM RECORD mengucapkan syukur kehadirat ALLAH S.W.T kerana limpah Rahmat dan RezekiNya yang cukup luas kerana kalau bukan dari rezeki ALLAH ini, mungkin IBRAHiM RECORD tidak dapat merakam rakaman yang seumpama dengan ini. Sebelum ini IBRAHiM RECORD tergendala rakaman ceramah selama 3 bulan kerana kerosakan alat perakam audio. ALHAMDULILLAH dengan nikmat rezeki yang ALLAH kurniakan, IBRAHiM RECORD dapat memiliki alat perakaman yang baru untuk meneruskan dakwah islam ini untuk tatapan semua.



Jadilah kita hamba yang sentiasa bersyukur kepada ALLAH.


27 April 2010

1:01 AM - No comments

ALBUM TERBARU HIJJAZ

Merupakan antara Otai Nasyid di negara kita, Hijjaz antara nama yang tidak asing lagi dengan lagu-lagu dakwah kini cuba membawa pembaharuan dalam album terbaru ini. Album berjudul PERMATA HIJJAZ 1431 ini hampir sama dengan nama rawatan mata Permata Hijrah yang juga merupakan penaja rasmi bagi album mereka. Bagi mereka yang belum mengenali mereka, Hijjaz terdiri 4 orang ahli kumpulan iaitu :


Mohd Faizal Osman, Munif Ahmad,
Ariffin Rahim & Isman Nadim Isam



Kemunculan beberapa lagu yang mampu menjadi Lagu Hits di tanah air kita diberi rentak lagu yang dianggap berani yang dilakukan oleh kumpulan yang sudah berusia 13 tahun ini seperti Lagu Syukur Pada Mu

24 April 2010

KOLEKSI RAKAMAN CERAMAH

IBRAHiM RECORD ingin berkongsi dengan kalian semua rakaman majlis ilmu yang telah saya upload di laman download mp3 saya. Berikutan sambutan yang menggalakan dari pengujung yang download di laman saya ini, IBRAHiM RECORD akan meningkatkan lagi untuk merakam majlis-majlis ilmu untuk tatapan dan dikongsi bersama.


Diharapkan, kepada semua sekalian saudara-saudara ku, marilah kita sama-sama mengimarahkan dan memenuhi Masjid atau surau di kawasan yang berhampiran dengan menghadiri majlis ilmu, kerana di dalam majlis ilmu Malaikat akan turun dan berdoa kepada Allah agar dilimpahkan rahmat kepada mereka yang berada di dalam majlis ilmu. Terutamanya kepada gologan remaja, jadikan masjid atau surau sebagai gedung ilmu.




Majlis Ilmu mampu mencipta ganerasi berilmu berlandaskan agama.

22 April 2010

DAPATKAH KITA NAUNGAN ALLAH


Dari Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W sabdanya, "Allah swt. akan memberikan naungan kepada tujuh golongan manusia pada hari kiamat, di mana tidak ada naungan ketika itu kecuali naungan Allah :



  1. Imam (pemimpin) yang adil.
  2. Pemuda yang terdidik/terlatih sejak kecil dalam menyembah Allah.
  3. Seseorang yang hatinya terpaut di masjid.
  4. Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah; mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  5. Seorang lelaki yang dirayu untuk berbuat keji oleh seorang wanita yang cantik, lantas ia menolak dengan berkata lembut, "Aku takut kepada Allah".
  6. Seorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang telah diberikan oleh tangan kanannya.
  7. Seorang yang mengingat Allah waktu bersunyi-sunyi, lantas meleleh air matanya."


[ HADIS SAHIH BUKHARI/MUSLIM]

21 April 2010

RAKAMAN KULIAH MAGHRIB

Rakaman ini di ambil sempena Kuliah Maghrib di Masjid Jame' Pekan Kajang. Kuliah ini disampaikan oleh Ustaz Abd. Razak Mahadi yang menggunakan kitab Hidayatus Salikin.



Kitab Hidayatus Salikin.


Untuk maklumat semua wahai saudaraku, pengajian kitab bersama beliau di adakan pada setiap bulan pada setiap hari Rabu (ikut jadual kuliah) selepas Maghrib dan setiap selepas Subuh minggu akhir pada setiap bulan. Antara pengisian di dalam rakaman ini ialah :


  • Bukan Mahram dalam masyarakat
  • Gejala Kerosakan dikalangan Umat Islam
  • Bahana INCOME yang haram
  • Hilang Amanah dalam masyarakat
  • Kisah Imam Malik dengan Khalifah

Dan pelbagai kisah dan ilmu untuk dikongsi bersama. Moga-moga dengan rakaman ini dapat membantu kita merapatkan diri kepada Allah dan Rasulullah. Mantapkan aqidah kita dengan Majlis ilmu. Insyallah. Untuk melayari dan muat turun rakaman ini, sila klik pada photo Masjid Jame' Pekan Kajang dibawah. [IBRAHIM RECORD]






20 April 2010

RAKAMAN KULIAH SUBUH


Rakaman kuliah subuh dari Masjid Jame' Pekan Kajang , Selangor Darul Ehsan. Disampaikan oleh Ustaz Shahkirin, seorang penyampai yang baik dalam Sirah Agama Islam. Antara initipati yang ada di dalam ceramah ini menyentuh :

  • Hadith Rasulullah berkenaan Wirid dalam solat
  • Amalan Subuh yang dilakukan Rasulullah S.A.W
  • Puasa yang sah tetapi mendapat dosa bagi seorang Isteri
  • Kisah Nabi Sulaiman dan ahli kabinet
  • Saat kewafatan Rasulullah
  • Perlantikan khalifah dalam Majlis Syura
  • Kisah Pemerintah Zalim Hadjaj Yusof As-Saqafi

Dan pelbagai kisah dan ilmu untuk dikongsi bersama. Moga-moga dengan rakaman ini dapat membantu kita merapatkan diri kepada Allah dan Rasulullah. Mantapkan aqidah kita dengan Majlis ilmu. Insyallah. Untuk melayari dan muat turun rakaman ini, sila klik pada photo Masjid Jame' Pekan Kajang dibawah. [IBRAHIM RECORD]





11 April 2010

8:07 AM - No comments

HIDUPKAN KEMBALI...

Assalamualaikum....setelah sekian lama saya tidak muncul untuk berartikel dalam blog ini, akhirnya saya akan aktif semula. Maafkan kerana kesibukan mencari ilmu membuatkan saya kurang masa untuk berkongsi artikel bersama kalian semua di dalam blog ini.

Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi dengan kalian semua pada 14 Mac 2010 yang lalu, alhamdulillah saya telah berjaya mendapat penganugerahan diploma di tempat pengajian saya sempena Majlis Konvokesyen Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas, Kelantan Darul Naim dengan memperolehi Diploma Teknologi Bangunan.

25 February 2010

11:58 PM - No comments

PEMERGIAN MU RASULULLAH




Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu..........
.


09 February 2010

1:57 AM - 7 comments

BENARNYA KALAM ALLAH DI DALAM AL-QURAN


Wahai saudara-saudara ku. Di dalam zaman yang semakin mencabar ini, masih ramai lagi manusia yang kadang-kadang lalai dengan duniawi...Penyakit "cintakan dunia, takutkan mati". Namun bukan semua manusia bersikap begitu. Tapi kerana terdapat sebahagian masyrakat menjadi lalai dalam dunia antara sebabnya adalah umat yang menjauhkan hidupnya dengan al-Quran. Inilah antara penyakit umat akhir zaman seperti yang pernah dikatakan oelh Rasulullah S.A.W. Ada yang berlaku pada umat akhir zaman, al-Quran hanya sekadar menjadi perhiasan didalam kediaman. Kita berdoa moga2 kita tidak menjadi sebahagian dari golongan ini.

07 February 2010

12:48 AM - No comments

MENCARI TEMAN DALAM NASYID



Nasyid salah satu daripada hiburan di dunia. Nasyid (nasyeed) adalah dari perkataan arab yang membawa maksud 'Lagu'. Matlamat blog ini salah satunya ingin membawa pendekatan kepada anda semua untuk mengenali nasyid. Nasyid pada zaman Rasulullah S.A.W. bermula apabila masyarakat arab pada ketika berhibur dan mengeluarkan kata-kata yang indah diiringi dengan paluan gendang atau kompang yang memuji-muji Rasulullah S.A.W kerana menyabmbut kesyukuran dan kedatangan Rasulullah S.A.W ke kota Yathrib (Madinah) kerana penghijrahan yang dilakukan oleh baginda dari Mekah.

25 January 2010

DOWNLOAD MP3 CERAMAH AGAMA

PENDAKWAH TERSOHOR DI MALAYSIA :

Alhamdulillah...pendakwah seperti mereka memang saya hormat dengan cara penyampaian, dan istiqomah mereka bersuara dan memberi pandangan dalam menyelesaikan isu-isu agama dan semasa di dalam dan luar negara. Memang saya meminati siri-siri ceramah mereka yang cukup berkauliti. Bagi golongan remaja dan umat islam yang lain yang belum mengenali mereka, cubalah mencintai mereka kerana mereka ini pendakwah yang alim dalam ilmu agama. Semoga dengan mendengar siri-siri ceramah mereka dengan 'download' mp3 ceramah di blog saya akan mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.W.T...insyallah...[Ibrahim Studio] :





















21 January 2010

12:21 AM - , No comments

MULIANYA KITA SEBAGAI UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W

Keistimewaan kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W ada dicatatkan dalam kisah Nabi Idris yang bersahabat dengan Malaikat Izrail " malaikat maut". Suatu hari Nabi Idris berjalan di suatu tempat. Dalam perjalanan itu, datanglah malaikat Izrail yang berjalan mengikut di belakang Nabi Idris. Tatkala Nabi Idris berhenti berjalan, Izrail pun berhenti juga. Segala pergerakkan Nabi Idris diikuti oleh Izrail. Maka perbuatan Izrail menyebabkan Nabi Idris tidak selesa lalu Nabi Idris menoleh kebelakangan dan bertanya, " Apakah yang kamu mahukan oleh ku wahai makhluk Allah?".


Lalu Izrail menjawab, "Aku ini adalah makhluk Allah diciptakanNya ingin bersahabat dengan kau wahai Nabi Idris." Nabi idris menerimanya lalu dia bertanya " Siapakah engkau? perkenalkan diri kau,". " Aku ialah Izrail, malaikat maut" jawab Malaikat Izrail. Dalam keadaan terkejut Nabi Idris A.S bertanya, " Adakah kedatangan kau ingin mencabut nnyawa ku?". Lalu dijawab Malaikat Izrail, " Tidak wahai Nabi Idris, Kedatangan ku adalah ingin membentuk suatu ikatan persahabatan dengan mu wahai Nabi Idris". Lalu terjalinlah ikatan persahabtan yang akrab antara Nabi Idris A.S dan Malaikat Izrail.



Ikatan persahabatan yang berlandaskan iman dan taqwa kerana ingin mencari keredhaan Allah S.W.T adalah perbuatan golongan yang mendapat perlindugan di bawah naugan Allah S.W.T pada hari Qiamat nanti.


20 January 2010

10:28 PM - No comments

BERSYUKUR KITA SEBAGAI MANUSIA

Ketahuilah wahai saudara ku, Allah S.W.T memuliakan darjat manusia lebih daripada makhluk2 yang lain. Seperti Kata Imam al-Ghazali, Allah S.W.T menjadikan makhluk2 lain untuk dijadikan santapan nikmat untuk dirasai makhluk yang bernama 'Manusia'. Makhluk2 lain yang diciptakan oleh Allah S.W.T seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, udara dan sebagainya. Tambahan Imam al-Ghazali di kalangan makhluk2Nya Allah telah meninggikan darjat manusia, kemudian ada dikalangan manusia yang Allah S.W.T meninggikan lagi darjatnya jauh lebih tinggi dari kalangan Manusia yang lain. Siapakah manusia itu? Iaitu manusia yang mempunyai nikmat Iman,Taqwa dan Islam. Dan kemudian kata Imam al-Ghazali ada lagi dikalangan umat islam yang Allah S.W.T menaikan lagi darjatnya dikalangan umat islam itu. Siapakah umat itu? iaitu umat Nabi Muhammad S.A.W.

Apakah keistimewaan kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W?



19 January 2010

18 January 2010