Pages

26 October 2010

11:48 AM - No comments

MAAFKANLAH



Jika anda mendengar kata-kata yang tidak patut dari saudara anda atau anda baca tulisan yang memburuk-burukkan anda, maka berikanlah kata maaf anda. Apabila seseorang mencemuhmu, mencacimu, mengejekmu serta meyakitimu, maka maafkanlah dia.

Apabila seseorang terlambat mengunjungi atau menemuimu, maka maafkanlah dia. Jika dia tidak gembira di saat anda gembira, tidak bersedih di saat anda bersedih, dan tidak turut serta dalam majlis undangan anda, maka maafkanlah dia.



Kenapa aku kena maafkan dia?


Mengapa anda mesti memberi maaf di atas seluruh kejahatan ini? Itu supaya anda merasa nyaman dan tenteram, agar anda dan orang lain gembira dan bahagia, kerana anda telah menyelesaikan masalah dari akarnya. Jika anda tidak melakukan hal itu, maka anda akan menemukan susasana hati anda sendiri merasakan hati anda keruh, resah, sengsara, sentisa mengingatnya dan ingin menuntut balas ke atasnya. Dengan demikian, maka hidup anda akan berubah mengalami krisis yang sebenar, menjadi setimbun masalah dan selonggok ketakutan.

Alangkah baiknya jiwa yang penuh toleransi kerana ia akan hidup dalam keamanan, ketenangan, ketenteraman dan penuh kasih sayang. Sedangkan jiwa yang pendendam dan sentiasa menuntut balas akan hidup dalam keadaan kesengsaraan, kerugian dan kehinaan. Allah SWT berfirman :

Maksudnya :

(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat pekara-pekara yang baik
[Ali-`Imraan:134]



Petikan karya di atas oleh Dr. Aidh' Abdullah al-Qarni


Ikatan persaudaraan sesama Islam menjadi rapuh apabila kita bermusuhi antara kita sesama Islam. Tatkala ummat Islam dianggap barisan lemah di dalam dunia pada hari ini oleh musuh-musuh Islam, ada juga di antara kita sesama Islam masih tidak mempunyai perasaan kasih sayang sesama saudara seagama dengan mereka. Maafkanlah mereka yang membuat kesalahan kepada kita walaupun kita yakin dengan pendirian kita bahawa kita berada di pihak yang benar sekali pun.



Hidup aman dan tenteram jika kita saling memaafi.


Wahai saudara-saudaraku. Daripada tiada perasaan kasih sayang sesama insan lahirnya sifat hasad dengki. Tidakah kalian lupa bahawa sejarah pembunuhan pertama manusia antara Qabiel dan Habiel iaitu anak kepada Nabi Adam A.S berpunca dari hasad dengki manusia yang mengikut hawa nafsunya Qabiel sanggup membunuh saudaranya sendiri kerana tidak berpuas hati akan qurbanya Habiel diterima Allah SWT. Cerita ini ada di dalam al-Quran dengan Firman Allah SWT dalam Surah Al Maaidah :



Maksudnya :

Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang diantara orang-orang yang merugi.


[Al-Maaidah :30]



Maafkanlah mereka. Janganlah menunggu menjelang hari raya, barulah perasaan itu hadir pada diri kita. Kerana ajal kita berada digenggaman Allah SWT. Bila-bila masa sahaja nyawa kita boleh dicabut oleh malaikatul maut dalam keadaan itu kita tidak tahu samada kita dalam keadaan beriman kepada Allah atau sebaliknya. Sesungguhnya hubungan sesama manusia adalah penting selain hubungan kita dengan Allah SWT. Jalinkan dan kukuhkan ukhuwah kita sesama Islam dan kepada semua masyarakat di sekeliling kita. Jangan biarkan musuh-musuh Islam menembusi benteng Iman kita tatkala kita berbalah, pada masa itulah musuh-musuh Islam akan menyelinap masuk untuk merosakkan ummat Islam. Jadikan ukhuwah Islam kita yang kita jalinkan sebagai contoh untuk diikuti bagi mereka beragama lain. Dari situlah mereka akan mengkagumi Islam yang suci dengan berpegangkan satu kalimah syahdah menjadikan kita ' Semua Ummat Islam adalah Bersaudara'. Wallhua'lam. [IBRAHIMSTUDiO]

0 comments:

Post a Comment