Pages

13 July 2010

KOLEKSI RAKAMAN CERAMAH : ISTIMEWA BULAN JUN

Pada tarikh 19 Jamadilakhir 1431 H bersamaan 2 Jun 2010, Masjid Jame Pekan Kajang telah menjemput salah seorang tokoh ulama' yang disegani di tanah air kita. Tokoh yang dimaksudkan ialah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Kehadiran beliau amat dirindui oleh semua ahli qariah kawasan Kajang kerana setelah sekian lama beliau tidak mengadakan majlis ilmu di Masjid Jame' Pekan Kajang.


Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din


Di mana cerita dosa di dalam masyarakat kita? Inilah persoalan awal yang dibawa oleh beliau di atas beberapa kisah mungkar yang berlaku di dalam masyarakat di negara kita pada ketika ini. Kurangnya kerja "saling ingat-mengingati" sesama masyarakat kita terhadap setiap pekara mungkar yang berlaku pasti akan mengundang kepada azab dan bala dari ALLAH SWT. Tatkala pelbagai kempen dicanang oleh media di sana-sini untuk "Kempen Pencegahan Pembuangan Bayi " dalam pelbagai bentuk, ada juga pekara yang besar yang sekian lama kita telah tinggalkan yang telah menjadikan isu ini semakin kronik dan menjadi barah kepada masyarakat kita. Iaitu berhukum mengikut panduan al-Quran. Firman ALLAH SWT :




Maksudnya :

(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya kedalam syurga yang mengalir didalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar.

[Surah An-Nisaa`:013 ]




Pembunuhan bayi pada zaman sekarang
yang lebih teruk dari zaman jahiliah.





Terlalu banyak pekara yang beliau sentuh berkaitan kehidupan masyarakat kita pada hari ini. Masyarakat kita sering melakukan dosa sehingga mengabaikan perintah ALLAH SWT yang akan mengundang kemurkaan ALLAH SWT. Antaranya berkenaan sistem ekonomi di dalam negara kita yang dikelilingi dengan riba, mengabaikan tanggung jawab solat yang merupakan amalan fardhu dan pekara asas untuk meneguhkan iman bagi setiap umat Islam. Beliau memberikan pandangan terhadap Progam Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu memasukkan di dalam modul merekea tentang kepentingan solat di dalam aktiviti pelatih, supaya jiwa remaja yang menyertai program tersebut dapat memahami bertapa pentingnya solat dalam Islam.


Pengharapan beliau di dalam ceramah ini, masyarakat perlu meletakkan segala dosa yang kita lakukan sebagai pekara yang paling berat untuk ditanggung dan juga sebagai pekara yang perlu kita takuti. Ingatlah dosa Syirik adalah dosa yang tidak akan diampun oleh ALLAH SWT seperti firmanNya :

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.

[An-Nisaa`:048]



Sehingga ke hari ini, masih ramai lagi masyarakat kita yang mengamalkan pekara yang mengsyirikkan ALLAH SWT. Hatta, dalam ilmu perubatan tradisional hari ini, masih ramai manusia yang mengamalkan unsur syirik yang membawa kepada mentera-mentara yang tidak mengikut syarak, meminta pertolongan jin dan sebagainya. Masyarakat perlu lah berilmu dan haruslah mempelajari ilmu kerana ia dituntut oleh syarak. Ilmu fardhu ain mahupun ilmu fardhu kifayah harus dipelajari oleh setiap masyarakat agar kita tidak terkeluar dari landasan aqidah Islam. Janganlah kita menjadi masyarakat yang jahil dalam ilmu, khususnya dalam ilmu agama kerana ketiadaan ilmu agama yang kukuh menjadikan kita hamba ALLAH yang tidak mengenal erti dosa atau pahala dalam setiap pekara yang kita lakukan dalam mempertejemahkan dalam kehidupan kita seharian.


Rezeki ALLAH SWT terlalu banyak kepada hamba-hambaNya. Terlalu banyak rezeki yang halal di dalam dunia ini untuk dinikmati kepada hamba-hambaNya. Dalam hal permakanan kita pun haruslah dinilai kerana ia juga mampu mengundang kepada dosa kepada ALLAH SWT walaupun terdapat pelbagai makanan yang halal di dalam dunia ini. Ingatlah setiap daging yang haram yang berada di dalam badan sesorang itu mengundang kepadanya Api Neraka yang mengutamakan daging-daging mereka untuk dijadikan bahan bakar Api Neraka.




Daging yang halal membawa kepada haram untuk dimakan jika tidak mengikut syarak




Banyak lagi ilmu dan pengajaran yang disampaikan oleh beliau. Beliau mengajak kepada kita sayangilah agama kita dengan mengajak kepada negara kita dan semua golongan masyarakat menjalankan hukum ALLAH SWT seperti di dalam al-Quran kerana terlaksananya hukum ALLAH SWT akan membawa kerberkatan dan penyelesaian kepada segala permasalah di dalam sesebuah negara daripada kita mendapat kemurkaan ALLAH SWT yang akan menurunkan bala bencana kepada semua orang yang terlibat mahupun orang yang tidak terlibat dalam pekara mungkar akan turut menerima bala bencana dari ALLAH SWT. Inilah yang perlu kita hindarkan. Berdoalah kepad ALLAH SWT agar syariat Islam tertegak di muka bumi ini. Insyallah.

Selepas selesai waktu Isyak, para jemaah mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan beliau. Semoga ALLAH SWT memberkati Tuan Guru yang telah banyak memberi banyak tunjuk ajar dan memberi jasa dalam agama dari segi pemikiran dan tenaga yang Tuan Guru telah sumbangkan untuk berbakti kepada agama Islam, bangsa dan negara.[IBRAHiMSTUDiO]





Para jemaah yang hadir bersalaman dengan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
(Mohon maaf kualiti gambar kurang memuaskan)


Kasih sayang Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din membacakan doa
untuk seorang jemaah yang istimewa iaitu Ustaz Rizal



Untuk mendengar Rakaman Cermah beliau sila klik di bawah :



Untuk mendapatkan rakaman ini, sila klik : Tn. Guru Dato' Dr. Haron Din - Mana Cerita Dosa

2 comments:

sy masih baru belajar...insyallah akan meningkatkan pengisian dalam blog yang tidak seberapa ini. Insyallah

Post a Comment