Pages

22 April 2010

DAPATKAH KITA NAUNGAN ALLAH


Dari Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W sabdanya, "Allah swt. akan memberikan naungan kepada tujuh golongan manusia pada hari kiamat, di mana tidak ada naungan ketika itu kecuali naungan Allah :



  1. Imam (pemimpin) yang adil.
  2. Pemuda yang terdidik/terlatih sejak kecil dalam menyembah Allah.
  3. Seseorang yang hatinya terpaut di masjid.
  4. Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah; mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  5. Seorang lelaki yang dirayu untuk berbuat keji oleh seorang wanita yang cantik, lantas ia menolak dengan berkata lembut, "Aku takut kepada Allah".
  6. Seorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang telah diberikan oleh tangan kanannya.
  7. Seorang yang mengingat Allah waktu bersunyi-sunyi, lantas meleleh air matanya."


[ HADIS SAHIH BUKHARI/MUSLIM]


Wahai saudara-saudaraku. Sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa di alam Akhirat di lapangan Padang Mahsyar nanti melainkan Allah S.W.T. Dan syafaat Nabi Muhammad S.A.W yang mampu membantu umatnya bila kita di dalam kebingungan di alam akhirat nanti. Namun apa yang kita lihat hari ini, muhasabah diri kita. Sejauh manakah kita mengamalkan suruhan Allah? Berapa lamakah masa kita bersama Allah? Di mana Allah dan Rasulullah dalam diri kita?


Persoalan itu akan terjawab dengan bila kecintaan kita kepada Allah dan Rasulullah melebihi cinta dari segala apa yang kita sayangi di dunia yang sementara ini. Punca rosaknya iman dikalangan ganerasi sekarang antaranya kerana tidak mengenal Allah dan Rasul. Muhasabah diri kita. Saya berpesan diri saya dan kepada semua saudaraku yang membaca artikel ini. " Sesungguhnya aku ini Islam, Kamu juga Islam " Wallahua'lam.. [IBRAHiM STUDiO]




Pemuda yang terdidik/terlatih sejak kecil dalam menyembah Allah akan mendapat naungan Allah S.W.T di Akhirat

0 comments:

Post a Comment