1:57 AM -
Umum
7 comments
BENARNYA KALAM ALLAH DI DALAM AL-QURAN
Wahai saudara-saudara ku. Di dalam zaman yang semakin mencabar ini, masih ramai lagi manusia yang kadang-kadang lalai dengan duniawi...Penyakit "cintakan dunia, takutkan mati". Namun bukan semua manusia bersikap begitu. Tapi kerana terdapat sebahagian masyrakat menjadi lalai dalam dunia antara sebabnya adalah umat yang menjauhkan hidupnya dengan al-Quran. Inilah antara penyakit umat akhir zaman seperti yang pernah dikatakan oelh Rasulullah S.A.W. Ada yang berlaku pada umat akhir zaman, al-Quran hanya sekadar menjadi perhiasan didalam kediaman. Kita berdoa moga2 kita tidak menjadi sebahagian dari golongan ini.
Wahai Saudara-saudaraku. Al-Quran merupakan kalam Allah yang mempunyai pelbagai kisah yang telah berlaku dan peristiwa-peristiwa yang akan datang seperti yang dijanjikan oleh Allah kepada hambaNya. Namun apa yang saya ingin berkongsi dengan anda, adalah suatu peristiwa yang baru berlaku di dalam dunia kita pada hari ini, sekali gus membuatkan keyakinan kita bertambah kepada Al-Quran yang merupakan salah satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa ini saya perolehi selepas saya mendengar Ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul di Sungai Kantan, malam tadi (8 Feb 2010) Kajang oleh Ustaz Sallehuddin Nasir. Beliau menyentuh suatu isu dimana semakin ramai manusia di Eropah dan Amerika memeluk Islam.Antarnya mereka terpaut hati pada Islam adalah kebesaran mukjizat Al-Quran.
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Al Furqan:53)
Maksudnya: Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus. (Al-Rahman:20)
Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 :
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Sesetengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia seperti lapisan higrogen sulfida nampak seperti sungai.....Subahanallah! lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah S.W.T.
Wahai Saudara-saudaraku. Al-Quran merupakan kalam Allah yang mempunyai pelbagai kisah yang telah berlaku dan peristiwa-peristiwa yang akan datang seperti yang dijanjikan oleh Allah kepada hambaNya. Namun apa yang saya ingin berkongsi dengan anda, adalah suatu peristiwa yang baru berlaku di dalam dunia kita pada hari ini, sekali gus membuatkan keyakinan kita bertambah kepada Al-Quran yang merupakan salah satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa ini saya perolehi selepas saya mendengar Ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul di Sungai Kantan, malam tadi (8 Feb 2010) Kajang oleh Ustaz Sallehuddin Nasir. Beliau menyentuh suatu isu dimana semakin ramai manusia di Eropah dan Amerika memeluk Islam.Antarnya mereka terpaut hati pada Islam adalah kebesaran mukjizat Al-Quran.
Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi :
Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu. (Al-Rahman:19)
Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Maksudnya: Keluar dari keduanya mutiara dan marjan. (Al-Rahman: 22)
Padahal tiada mutiara yang dihasilkan di muara sungai. Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim. Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air”. Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
Sesetengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia seperti lapisan higrogen sulfida nampak seperti sungai.....Subahanallah! lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah S.W.T.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan? (Al-Rahman: 13)
Wahai saudara-saudara ku yang di rahmati Allah S.W.T. Begitulah kebesaran Allah S.W.T akan kebesaran kuasaNya. Namun kepada orang yang beriman dan taqwa akan sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah membuatkan diri mereka lebih dekat dengan Allah S.W.T ibarat seseorang itu yang memanjat pokok kelapa, semakin tiggi ia dipanjat semakin erat pelukanya pada batang pohon tersebut. Begitulah juga kita dengan Allah S.W.T. Semkin kita dapat memikirkan kebesran Allah, semakin kita takut kepadaNya. Namun takut kita kepada Allah bukanlah sama seperti kita takut pada bintang buas, tapi semakin takut kita kepada Allah membuatkan kita semakin dekat dengan Allah S.W.T.
berikutan kisah di atas berkenaan sungai di dalam laut, jika seorang pengkaji alam itu asalnya kafir terpaut hatinya pada Islam kerana kata-kata dalam al-Quran sehingga dia memeluk agama Islam, inikan pula kita seorang yang telah Islam sejak dilahirkan lagi. Pastilah keimanan kita lagi tinggi daripada mereka yang baru mendapat hidayah. Kerana kalam Allah adalah benar. Namun begitu masih ramai yang ingkar pada perintah Allah di dalam al-Quran. Masih lagi berdegil tidak menjalankan hukum Allah di muka bumi ini.
Oleh itu wahai saudaraku, jadikanlah peristiwa yang ditemui ini sebagai kemuncak keimanan kita untuk terus bertadabur (berdamping) dengan al-Quran. Jika yang mana sebelum ini kita lama tidak membuka al-Quran dan membacanya, mulakanlah dari sekarang. Biarpun hanya sebaris ayat dalam sehari atau sekurang-kurangnya melihat al-Quran. Kerana melihat al-Quran sahaja dicatatkan bagi untuk mu satu kebaikan atau pahala. Kembalikan ganerasi hidup dengan berpegang kepada ajaran al-Quran. [Ibrahim Studio]
"Bacalah Al-Quran sesungguhnya hati mu akan menjadi tenang."
7 comments:
salam..entri terbaru kita same la..hehe..subhanallah..dalam surah ar-rahman pun Allah ada berfirman dan diulang-ulang firman tersebut iaitu mengenai yg mana satu nikmat yg Allah beri kpd manusia boleh didustakan...kejadian laut dan sungai ini merupakan salah satu nikmat malah telah terkandung dalam kitab Quran itu sendiri yg tidak boleh kita dustakan kejadian ini..Maha Suci Allah...
Subhanallah..Allah Maha Besar Maha Bijaksana...
Teruskan usaha memartabatkan Islam>.
Tq kepada yang memberikan komen ini...
Inilah kebesaran Allah yang tiada tandingaNya...
Kembalikan ganereasi umat Nabi Muhammad kepada al-Quran
subahanallah.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingati ALLAH sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau Menciptakan semua ini dengan sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka." (Al Imran: 190-191)
lil bit mistake there..
http://www.wikiislam.com/wiki/Cousteau
Allah Maha Besar..
terpesona sy melihat kejadianNya
Post a Comment