Pages

09 March 2011

1:34 PM - No comments

'HIJRAH' ALBUM TERBARU UNIC

Album Hijrah dari UNIC dengan kerjasama HPA Industries Sdn. Bhd.




Album terbaru UNIC kali ini dengan kerjasama Syarikat Herba Penawar Al-Wahida (HPA) telah dilancarkan sempena KONVEK HPA 2010 (penganugerahan pengedar berjaya) yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Februari lepas. Apa yang menarik pada album ini adalah ia merupakan projek khas Tuan Haji Ismail Bin Ahmad (Pengarah Urusan HPA). Lagu-lagu di dalam album ini (berkaitan HPA) ditulis sendiri oleh beliau.
 
 
 
Antara lagu yang dimuatkan di dalam album ini ialah Sajak Usahawan, Asy-Syafi, Sangkar Hati, Hijrah dan 7 lagu yang lain. Lagu Wawasan Islam yang telah diberi nafas baru oleh UNIC yang menjadi lagu tema di Kem Pemudahcara Efektif di Pangsun, Hulu Langat pada 5 Mac lepas yang dikendalikan oleh UNIC Nasyeed & Training Consultants. 
 
Dapatkan album ini di pasaran dan di cawangan-cawanagan perniagaan HPA yang berdekatan dengan anda dengan harga RM23.00 (Ahli HPA) dan RM25.90 (Bukan Ahli HPA).
 
 
P/S : Minat lagu As -Syafi, Wawasan Islam, dan Sangkar Hati. Album ni mmg best. Dah lebih 10x dgr dalam 1hari.






0 comments:

Post a Comment