Pages

07 February 2010

12:48 AM - No comments

MENCARI TEMAN DALAM NASYID



Nasyid salah satu daripada hiburan di dunia. Nasyid (nasyeed) adalah dari perkataan arab yang membawa maksud 'Lagu'. Matlamat blog ini salah satunya ingin membawa pendekatan kepada anda semua untuk mengenali nasyid. Nasyid pada zaman Rasulullah S.A.W. bermula apabila masyarakat arab pada ketika berhibur dan mengeluarkan kata-kata yang indah diiringi dengan paluan gendang atau kompang yang memuji-muji Rasulullah S.A.W kerana menyabmbut kesyukuran dan kedatangan Rasulullah S.A.W ke kota Yathrib (Madinah) kerana penghijrahan yang dilakukan oleh baginda dari Mekah.


Nasyid atau lagu yang membawa unsur yang berfaedah seperti membawa unsur-unsur ketuhanan, sirah nabi, pengajaran dan selawat adalah hiburan yang dibenarkan oleh islam. Walau bagaimanpun, terdapat juga had-had atau batas-batas dalam islam dalam perihal untuk berhibur seperti apa yang telah digariskan oleh para ulamak.
Bagi yang ingin mengenali lagi nasyid dan teknik-teknik nyanyian dalam nasyid ini, saya dan sebilangan sahabat-sahabat saya ingin mengajak anda semua yang berminat dapat menyertai kami dalam bidang nasyid. Di samping berkongsi ilmu, kita juga dapat menyampaikan dakwah melalui hiburan. Itu adalah matlamat kami dalam nasyid, bukan untuk tujuan bermegah. Jadi sesiapa yang berminat sila tinggalkan maklumat anda di halaman Facebook saya atau email saya di alamat : bem_hetfield@yahoo.com





Masjid Jame' Pekan Kajang



Kawasan perjumpaan saya dilakukan di Masjid Jame' Pekan Kajang. Insyallah saya ada pada waktu sekitar maghrib sehingga selepas Isyak. Disamping itu setiap hari Rabu selepas solat Isyak, pihak Masjid Jame' Pekan Kajang akan mengadakan "Program khusus Remaja Islam" yang dikendalikan oleh Imam Besar Masjid Jame' Kajang iaitu Ustaz Fazri. Bersama-sama kita menjayakan program ini. Semua Remaja muslimin dijemput hadir. Bagi remaja muslimat, akan dikaji semula samada boleh menyertai program ini. [Ibrahim Studio]



* Saya hanya menyampaikan..*

0 comments:

Post a Comment