Pages

21 January 2010

12:21 AM - , No comments

MULIANYA KITA SEBAGAI UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W

Keistimewaan kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W ada dicatatkan dalam kisah Nabi Idris yang bersahabat dengan Malaikat Izrail " malaikat maut". Suatu hari Nabi Idris berjalan di suatu tempat. Dalam perjalanan itu, datanglah malaikat Izrail yang berjalan mengikut di belakang Nabi Idris. Tatkala Nabi Idris berhenti berjalan, Izrail pun berhenti juga. Segala pergerakkan Nabi Idris diikuti oleh Izrail. Maka perbuatan Izrail menyebabkan Nabi Idris tidak selesa lalu Nabi Idris menoleh kebelakangan dan bertanya, " Apakah yang kamu mahukan oleh ku wahai makhluk Allah?".


Lalu Izrail menjawab, "Aku ini adalah makhluk Allah diciptakanNya ingin bersahabat dengan kau wahai Nabi Idris." Nabi idris menerimanya lalu dia bertanya " Siapakah engkau? perkenalkan diri kau,". " Aku ialah Izrail, malaikat maut" jawab Malaikat Izrail. Dalam keadaan terkejut Nabi Idris A.S bertanya, " Adakah kedatangan kau ingin mencabut nnyawa ku?". Lalu dijawab Malaikat Izrail, " Tidak wahai Nabi Idris, Kedatangan ku adalah ingin membentuk suatu ikatan persahabatan dengan mu wahai Nabi Idris". Lalu terjalinlah ikatan persahabtan yang akrab antara Nabi Idris A.S dan Malaikat Izrail.



Ikatan persahabatan yang berlandaskan iman dan taqwa kerana ingin mencari keredhaan Allah S.W.T adalah perbuatan golongan yang mendapat perlindugan di bawah naugan Allah S.W.T pada hari Qiamat nanti.




Setelah sekian lama mereka bersahabat, sehingga mereka mengerjakan ibadat bersama-sama. Tatkala pada suatu hari terdetik di dalam hati Nabi Idris ingin meluahkan persoalan yang terbuku di dalam hatinya kepada Malaikat Izrail. Lalu ditanyakan kepada malaikat, " Kamu adalah malaikat maut yang ditugaskan bagi mencabut manusia, bagaimanakah rasa kesakitan maut itu bagi seseorang anak adam itu?" Malaikat Izrail menjawab, " Sesungguhnya tugas aku hanyalah mencabut nyawa manusia, tidak dapat aku gambarkan kepada engkau kerana bukan aku yang merasai maut itu." Lalu Nabi Idris meminta agar malaikat maut itu dicabutkan nyawanya itu kerana beliau ingin mencuba merasai keadaan maut. Walaubagaimana pun permintaan Nabi Idris enggan dituruti oleh malaikat maut kerana takdir ajal bagi Nabi Idris belum sampai masanya. Namun berkali-kali dipujuk oleh Nabi Idris, maka malaikat maut bersetuju dengan permintaanya itu. Maka diarahkan oleh Izrail supaya Nabi Idris berbaring dan kemudian dicabutnya nyawa Nabi Idris itu. Selepas itu, ditanyakan oleh Malaikat Izrail kepada Nabi Idris A.S bagaimanakah rasa maut dicabutkan dari jasad. Nabi Idris menjawab, " Aku tidak dapat mengambarkan bertapa sakitnya maut itu apabila dicabutkan dari jasad ku. Sesungguhnya kesakitan yang aku alami ibarat kulit badan ku yang ditanggalkan ( disiat) dari tubuh badan ku.



" Sesungguhnya berbahagialah bagi sesiapa yang mati di jalan Allah "


Setelah dicabut nyawa Nabi Idris, maka dibawanya Malaikat Izrail menunjukan kepadanya akan keadaan di dalam syurga. Maka Nabi Idris dapatlah memasuki syurga dan merasai keindahaan dan kenikmatan hidup di dalam syurga walaupun hanya berupa seketika sahaja. Sedang Nabi Idris dalam berseronokan di dalam syurga, maka di ajak semula Malaikat Izrail supaya kembali semula ke dunia seperti sedia kala. Tetapi Nabi Idris cuba melengahkanya sehingga timbul pada perasaan Nabi Idris untuk kekal di Syurga itu dan enggan kembali ke dunia. Namun setelah dipujuk, Nabi Idris akur untuk kembali. Dalam perjalanan turun ke dunia, Nabi Idris membuat suatu akal untuk ingin kembali semula ke syurga. Lalu dia memberitahu kepada Malaikat maut bahawa terompah yang dipakainya tertinggal di dalam syurga. Lalu berpatah baliklah mereka ke dunia. Setelah Nabi Idris masuk ke syurga semula, lalu dia berkata keengganannya kepada malaikat maut untuk kemabli ke dunia. Nabi Idris berkata " Bukankah Allah telah menjanjikan kepada barang siapa hambaNya yang bertaqwa kepadaNya, maka berkekalan mereka selama-lamanya di dalam syurga yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. " Hal ini membuatkan Malaikat Izrail menjadi serba salah kerana apa yang dikatakan oleh Nabi Idris ada kebenaranya. Lalu mengadulah Malaikat Izrail kepada Allah S.W.T akan permasalahan yang dihadapinya itu.




"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sungai-sungai yang mengalir dibawahnya"



Lantas apabila diluahkan oleh Malaikat, maka Allah S.W.T memanggil Nabi Idris A.S. Allah memberikan syarat kepada Nabi Idris sekiranya ingin kekal hidup di syurga dan Nabi Idris perlu mematahui syarat2 itu. Lalu bersetujulah Nabi Idris, dan Allah mengemukan syarat2 itu. Antara syarat-syarat Allah S.W.T kepada Nabi Idris A.S ialah :
  • " Jika engkau mahu kekal di dalam syurgaKu, makhluk itu mestilah mempunyai taqwa dan iman yang tinggi kepadaKu."
  • " Makhluk yang ingin merasai nikmat syurga itu, mestilah dia merasai keadaan hari Qiamat."
  • "Jika engkau mahu memasuki syurgaKu, maka engkau perlulah menunggu suatu umat yang memasukinya bersama rasulnya, iaitu Umat Nabi Muhammad S.A.W.

Maka akurlah Nabi Idris akan syarat itu. Lalu Nabi Idris memohon kepada Allah S.W.T agar ditempatkan dia di tempat yang hampir dengan syurga. Lalu ditempatkan Nabi Idris di langit yang ke-4 seperti yang diceritakan dalam peristiwa 'Isra' Miraj' Rasulullah S.A.W'.


maka ketahuilah saudaraku sekalian, lihatlah bertapa mulianya Allah kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. Lihatlah!! Sehingga Nabi Idris A.S terpaksa menunggu umat Nabi Muhammad yang soleh memasuki syurga. setelah habis umat Nabi Muhammad barulah nabi-nabi yang lain serta umat-umatnya yang soleh memasukinya mengiringi dibelakang umat Nabi Muhammad S.A.W. Kita seharusnya bersyukur kehadirat Allah S.W.T kerana kita dilahirkan di zaman umat Nabi Muhammad S.A.W. kerana kenikmatan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. Sememangnya kita sebagai umat Nabi Muhammad haruslah sayangkan Nabi kita. Kerana Bagindalah, kita boleh mendapatkan syafaat di hari Akhirat. Maka suadaraku sekalian amat rugilah kita jika tidak menjalankan kehidupan kita seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Amat rugilah kita jika kita hidup di dunia tidak menjalankan syariat seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W . Ruginya kita kalau tidak mengikut cara hidup seperti Rasulullah S.A.W Amat rugilah kita jika kita berdiri hidup di dunia ini tidak berlandaskan sunnah Rasulullah S.A.W. Oleh itu bermuhasabah dirilah kita dan memanjatkanlah kesyukuran kita kepada Allah S.W.T kerana kita lahir sebagai Umat Nabi Muhammad S.A.W. Wallahua'lam..



'Jadilah kita sebagai hamba Allah yang sentiasa bersyukur'




0 comments:

Post a Comment