Pages

18 May 2010

KOLEKSI RAKAMAN CERAMAH

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Terlebih dahulu IBRAHiM RECORD mengucapkan syukur kehadirat ALLAH S.W.T kerana limpah Rahmat dan RezekiNya yang cukup luas kerana kalau bukan dari rezeki ALLAH ini, mungkin IBRAHiM RECORD tidak dapat merakam rakaman yang seumpama dengan ini. Sebelum ini IBRAHiM RECORD tergendala rakaman ceramah selama 3 bulan kerana kerosakan alat perakam audio. ALHAMDULILLAH dengan nikmat rezeki yang ALLAH kurniakan, IBRAHiM RECORD dapat memiliki alat perakaman yang baru untuk meneruskan dakwah islam ini untuk tatapan semua.



Jadilah kita hamba yang sentiasa bersyukur kepada ALLAH.




Insyallah pihak IBRAHiMSTUDiO akan mempertingkatkan lagi koleksi-koleksi ceramah agama ini sehingga nafas dan nikmat masih lagi dikurniakan ALLAH sehingga mampu dirasai biarpun hanya sekadar pinjaman nikmat ALLAH ini. Ketahuilah wahai para saudaraku yang aku kasihi. Nikmat ALLAH dimuka bumi ini cukup luas umpama nikmat dunia hanya setitis air daripada seluas lautan. Bertapa Maha Kaya ALLAH S.W.T yang memberi nikmat kepada semua makhlukNya. Namun ada juga makhlukNya yang ingkar dan tidak patuh dengan suruhan ALLAH S.W.T dan Rasulullah S.A.W

Muslimin muslimat yang dirahmati ALLAH sekalian, Insyallah IBRAHiM RECORD akan mempertingkatkan lagi kualiti rakaman untuk para pendengan sekalian. Moga-moga apa yang kita lakukan semua di dunia ini mendapat keredhaan ALLAH dengan menanam di dalam hati kita bahawa segala pekara yang kita lakukan hendaklah disertakan dengan niat kerana ALLAH S.W.T kerana akan tercatat segala amalam kita itu sebagai ibadat. Insyallah. Wallahua'lam. [IBRAHiM STUDiO]




1. Kuliah Maghrib, Ustaz Shahkirin - Rossi Zaman Quraisy Jahiliah. Di dalam Kuliah Sirah kali ini beliau juga menyentuh beberapa kisah dan pengajaran yang patut kita ambil dan ketahui anataranya :

  • Kisah Abu Jahal menyambut kelahiran Rasulullah S.A.W
  • Tujuan Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
  • Kisah Surokah Bin Malik
  • Kisah kematian para Khulafa' al Rasyidin
  • Pemerintah yang menitik beratkan solat rakyatnya
  • Kisah pejuang-pejuang Islam ; Syed Jamaluddin al-Afghani
  • Kisah Pejuang Syed Qutb

Syed Jamaluddin al-Afghani


Syed Qutb


Untuk mendapatkan rakaman ini, sila klik : Ustaz Shahkirin - Rossi Zaman Quraisy Jahiliah.mp3






2. Kuliah Kitab Ar-roh yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Salahuddin telah tamat siri pengajian di Masjid Jame' Pekan Kajang. Namun diteruskan kuliah ini yang dimulakan semula dari awal pengajian kitab ini di Surau Impian Gemilang. IBRAHiM RECORD merakamkan untuk para pendengar dalam kuliah berjudul Ustaz Salahuddin - Kematian Munafiq yang mempunyai beberapa pengatahuan yang harus diketahui antaranya berkenaan :

  • Proses Kematian Orang Munafiq dari detik Sakaratul Maut sehingga Alam Barzakh
  • Tempat Malaikat Raqib & Atid selepas kematian Anak Adam
  • Himpitan dalam Kubur
  • Kisah Rasulullah S.A.W dibawa ke Alam Barzakh seperti di dalam Hadith Sahih Muslim
  • Seksaan dan Nikmat di Alam Barzakh
  • Sesi Soal Jawab : Bacaan surah al-Quran ketika wanita mengandung, Roh berinteraksi dengan orang di dunia, Membaca al-Quran di hadapan jenazah, Hukum Membayar upah untuk membaca al-Quran, Hukum adat Hari Ke-100 selepas kematian

Kitab Ar-Roh


Untuk mendapatkan rakaman ini, sila klik : Ustaz Salahuddin - Kematian Munafiq.mp3






3. Kuliah Maghrib setiap hari Sabtu Minggu ke-2 setiap bulan, Masjid Jame' Pekan Kajang menganjurkan kuliah Fiqh bersama Ustaz Mohd Sukki Othman atau lebih dikenali sebagai Ustaz Shauqi. Beliau salah seorang pensyarah di sebuah IPTA yang sering terlibat dalam mengendalikan ceramah agama dan motivasi di TV, Radio, masjid, surau, pejabat kerajaan, swasta dan lain-lain. Beliau terlibat juga dalam bidang penulisan buku dan artikel.


Ustaz Shouqi Othman


Kuliah Maghrib Ustaz Shauqi Othman - Bersuci masih lagi di bahagian awalan Kitab Fiqah Mazhab Syafie menyentuh beberapa pekara seperti :


Terjemahan Kitab Fiqah Mazhab Syafie

  • Pelajaran awalan berkenaan Hukum Bersuci
  • Mandi di negara sejuk
  • Pembahagian Air yang boleh di gunakan untuk bersuci
  • Mengimarahkan masjid dan cadangnya
  • Suasana Beriktifaf di Masjid Mesir dan Malaysia di bulan Ramadhan
  • Sesi Soal Jawab : Air Tangki, Mengambil Air Hujan melalui atap, Pukul nyamuk dalam solat, Bulu kucing melekat pada pakaian solat, Pergerakkan Makmum mendahalui Imam dalam solat, Sunnat sebelum solat jemaah.

Untuk mendapatkan rakaman ceramah ini, sila klik : Ustaz Shauqi Othman - Bersuci.mp3






4. Kuliah Maghrib dalam slot Kitab Hidayatus Salikin di Masjid Jame' Pekan Kajang berjalan seperti biasa yang disampaikan Ustaz Abd. Razak Mahadi dalam beberapa siri ceramah yang ingin IBRAHiM RECORD kongsikan buat pendengar yang dirahmati ALLAH S.W.T


Kitab terjemahan Hidayatus Salikin


4.1 IBRAHiM RECORD ingin berkongsi semula dengan para pendengar dalam satu slot yang tertinggal dalam bab "Dosa-dosa yang dilakukan oleh batin", iaitu Ustaz Abd. Razak Mahadi - Bakhil. Dalam pengajian kali ini menyentuh tentang :

  • Pengertian Bakhil dan pemahaman tentangnya
  • Huruf-huruf Muqotoah dalam al-Quran
  • Apakah Istidraj?
  • Kesan dosa-dosa hati kepada Ibadah
  • Kesan golongan peniaga yang cinta pada perniagaan
  • Cinta kepada kemulian dan gelaran benih untuk jadi Munafiq
Untuk mendapatkan rakaman ceramah ini, sila klik : Ustaz Abd. Razak Mahadi - Bakhil.mp3


4.2 Kuliah Maghrib Kitab Hidayatus Salikin dalam bab ke-5 "Pekara Menyatakan Segala Taat yang Batin". Ustaz Abd. Razak Mahadi - Khauf mengupas beberapa intipati dalam kitab berkenaan :

  • Khauf dan pemahaman tentangnya
  • Kelaknatan ALLAH S.W.T kepada Iblis
  • Pengertian Zuhud yang sebenarnya
  • Kisah Arab Badwi berdoa dalam masjid
  • Tanda-tanda kebaikan bagi seorang Muslim
  • Pembahagian Zuhud dalam makanan menurut Imam Nawawi

Untuk mendapatkan rakaman ceramah ini, sila klik : Ustaz Abd Razak Mahadi - Khauf.mp3



4.3 Rakaman Kuliah Maghrib Ustaz Abd. Razak Mahadi - Zuhud adalah sambungan daripada rakaman sebelumnya iaitu dalam tajuk "Khauf". Antara informasi pengajian kuliah ini ialah :

  • Umar Abdul Aziz menjadi imam dalam solat
  • ISU NEGARA : Judi
  • Kisah seorang Zuhud Kaya dan Zuhud Miskin
  • Cara Zuhud harta ke jalan ALLAH S.W.T
  • Fasal ke-4 dalam tajuk " Sabar"
  • ISU SEMASA : Suami simbah Asid & Suami Toreh Isteri - Bisikan Syaitan
  • Kesabaran Nabi Nuh dan Nabi Muhammad S.A.W dalam dakwah

Untuk mendapatkan rakaman ceramah ini, sila klik : Ustaz Abd. Razak Mahadi - Zuhud.mp3






0 comments:

Post a Comment