Pages

15 February 2011

KOLEKSI RAKAMAN CERAMAH

Kejatuhan rejim Hosni Mubarak di Mesir memberi gambaran yang hebat bahawa perjuangan Islam tidak pernah kenal erti mengalah. Jatuhya kepimpinan dia sebagai pemerintah yang paling lama mentadbir Mesir bukan sahaja dinyalakan dari Ikhwanul Muslimin, bahkan mendapat sokongan menuntut pembelaan dari masyarakt bukan Islam di Mesir itu sendiri. Kerajaan Mesir yang sebelum ini berkerjasama dengan Israel menjadi duri darah dalam daging kepada umat Islam sendiri khususnya umat Islam Palestin di Gaza. Akhirnya suara rakyat menjadi suara mutlak untuk tidak mahu menerima lagi kepimpinan yang zalim seperti ini.


Dataran Tahrir di Mesir menjadi himpunan rakyat
Mesir yang membantah pemerintahan Housni Mubarak.

Pada 13 Februari 2011, IBRAHiMSTUDiO menghadiri majlis ilmu bersama rakan-rakan di Surau An Nur Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Buat pertama kali IBRAHiMSTUDiO menghadiri Majlis Ilmu di  Surau An Nur.Apa yang menarik pada rakaman majlis ilmu pada kali ini ialah kemunculan semula Ustaz Misbahul Munir setelah 2 bulan tidak dapat hadir untuk memberi kuliahnya di Surau An Nur kerana beliau baru pulih sdari kesihatanya setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Januari lalu.

Ustaz Misbahul Munir

 Pada kuliah kali ini, beliau memilih untuk memberi kuliah bermodulkan dengan buku yang dikarang oleh Tuan Guru Haji Abdul  Hadi Awang. Tajuk buku tersebut ialah 'Bagaimana Islam Boleh Memerintah Negara'. Ustaz Misbahul Munir telah menyentuh beberapa perkara pada kuliahnya kali ini antaranya berkenaan isu-isu semasa dan keadaan politik di Mesir dan Tuninsia. Di dalam muqadimahnya beliau menyatakan bahawa  kebangkitan rakyat di sana berlaku dalam masa proses yang panjang dan disulami dengan nilai-nilai perjuangan dan pengorbanan yang tinggi untuk menegakkan keadilan.

" Kebangkitan rakyat di sana berlaku dalam proses masa yang panjang dan disulami dengan nilai-nilai perjuangan dan pengorbanan yang tinggi untuk menegakkan keadilan. "

Antara pekara-pekara lain, beliau juga menyentuh berkenaan :
  • Pentingnya khalifah di dalam Institusi Kenegaraan.
  • Ketaatan kepada pemimpin bagaimana yang patut kita patuhi?
  • Sejarah awal pemahaman Sekular dari pemerintahan kerajaan Kristian.
  • Isu semasa dalam negara berkenaan novel Interlok.
  • Terdapat seorang ulamak Universiti Azhar menafikan Siasah dalam Islam.
  • Bersabar dalam untuk menegakkan perjuangan Islam.
  • Sirah Sahabat Nabi : Kisah Elauan Khalifah Saidina Abu Bakar.


Surau An Nur, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi.

Untuk mendapatkan rakaman mp3 IBRAHiMSTUDiO ini, sila klik : Ustaz Misbahul Munir - Pemerintahan Islam

0 comments:

Post a Comment